Pengikut

Jumaat, 19 Julai 2013

Al-Kisah Zambry Kadir Dan Amanjaya Terbongkar...!!!!

Zambry sering bangga dengan ungkapan dua patah perkataan yang disambung jadi satu iaitu AMAN JAYA.

Tiap kali beliau memulakan ucapan, pasti antara perkataan awal yang sering diungkap ialah "Salam 1Malaysia, Salam Perak Aman Jaya." Seolah-olah perkataan Darul Ridzuan sudah diganti dengan perkataan Amanjaya.

Aku yang sering bertugas membuat liputan majlis-majlis rasmi MB dah naik meluat dan muak dengar perkataan itu. Hari ini, negeri Perak sudah ada sebuah stesen bas ekspress yang dinamakan sempena dua perkataan itu iaitu Terminal Aman Jaya.

Ramai yang tidak mengerti apa maksud Aman Jaya. Kepada mereka yang baru mendengarnya, mungkin menganggap itu nama terminal bas. Atau dengan kata lain, "Salam Perak Terminal Bas Ekspress". Atau mungkin ramai yang membuat tafsiran sendiri iaitu Perak "negeri yang aman makmur dan maju jaya".

Tapi tahukah anda siapa yang mula mencetuskan perkataan ini?

Dahulu, Institut Darul Ridzuan atau IDR dipandu oleh seorang CEO yang bernama Aminuddin. Amin diberi tugas berat untuk mencetuskan idea-idea terkini yang kreatif dan innovatif untuk memajukan ekonomi dan taraf hidup warga Perak seterusnya menjadikan Perak negeri yang kaya raya dan maju jaya di kalangan negeri-negeri di dalam Malaysia.

Tetapi apa yang diharapkan oleh rakyat Perak indah khabar dari rupa. Rakyat Perak tak dapat lihat apa-apa perubahan yang dilakukan beliau. Yang susah tetap hidup melarat. Yang memerlukan bantuan tidak dibantu. Akhirnya harapan tinggal harapan. Seolah-olah membayangkan nama Aman Jaya itu seperti bunyi sebuah harapan.

Antara kejayaannya yang boleh dihargai ialah menjemput Riduan Tee Abdullah mengacarakan rancangan Forum Perdana yang disiarkan secara langsung di TV serta memperkenalkan pantai peranginan mewah Pangkor Laut di saluran Asian Food Channel (AFC) dan kejayaan membina terminal bas ekspress.

Amin sebenarnya bukan anak jati negeri Perak sebaliknya dia berasal dari Kedah. Beliau dilantik oleh Zambry sudah tentu disebabkan mereka kawan rapat (atau lebih tepat disebut kroni).

Sebenarnya dia tidak mempunyai idea. Nama Aman Jaya itu bukan datang dari kotak fikirannya sendiri sebaliknya hanya menciplak idea orang lain.

Idea itu datang tidak jauh dari negeri Perak iaitu dari negeri tempat lahirnya atau jiran Perak iaitu Kedah. Sesiapa orang Kedah sudah pasti biasa dengan perkataan Amanjaya.

Di Kedah, terdapat Amanjaya Mall, Sekolah Menengah Amanjaya di Sungai Petani dan Bandar Amanjaya.

Jikalau anda tak percaya, cubalah cari di Google Maps. Jadi bolehkah anda menganggap idea Amanjaya itu adalah idea baru yang asli, keatif dan innovatif?

Atau ia cuma copy paste.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan