Pengikut

Sabtu, 21 September 2013

Najib blah awal sebab dah menang pemilihan Umno

Dah menang..hati senang,terus blah pegi USA...hahaha..
SEPANG: Najib Razak yang jadi Penyandang jawatan Presiden Umno dan menang tanpa bertanding dalam pemilihan berikutan tiada pencabar untuk jawatan tersebut semalam dan pada semalam juga (Sabtu) dah blah pegi Amerika Syarikat. 
Pemenang jawatan Presiden UMNO sempat  membuat lawak bodoh dengan menasihatkelentong semua anggota Umno supaya tidak menyalahgunakan kuasa, mengamalkan politik wang atau menyerang secara peribadi dalam usaha mendapatkan mana-mana jawatan dalam pemilihan Umno tahun ini....kah...kah...kah....kah...
Paling lawaknya ialah Najib mengingatkan mereka supaya mengekalkan demokrasi dengan menjaga tata tertib dan kesopanan sepanjang masa berkempen...baling kerusi atau tarik rambut adalah amalan yang penuh kesopanan dalam UMNO.....hahaha...
Walaupun  Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sesi ke-68 di New York bermula 25 hingga 29 September ini,nampaknya Najib dah blah awal pergi  Amerika Syarikat dengan Rosmah. Mungkin nak shopping-shopping dulu dengan Rosmah untuk raikan kemenangan tanpa bertanding.....hahahaha...
Macai yang  hadir ucapkan bye-bye kepada Najib dan Rosmah ialah Muhyiddin Yassin, Mohd Shafie Apdal, Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Rais Yatim.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan