Pengikut

Rabu, 13 November 2013

Lelaki tembak 4 kali dengan pistol Polis yang dirampas

MARAN: Seorang lelaki berusia 22 tahun dipercayai kurang siuman bertindak merampas sepucuk pistol dan melepaskan empat das tembakan serta melarikan kereta peronda lebuhraya (HMPV) dalam kejadian berdekatan jalan keluar tol Chenor, di sini, jam 12.45 pagi tadi.
Bertindak daripada maklumat awam, dua anggota polis dari Balai Polis Pekan Awah ke tempat kejadian sebelum mendapati seorang lelaki sedang berzikir di atas motosikalnya. 
Turut berada di tempat kejadian ketika itu tiga anggota HMPV Bukit Aman. 

Seorang anggota polis cuba mendekati mangsa namun diserang hingga terjatuh sebelum suspek merampas sepucuk pistol dan melarikan HMPV berkenaan.
Bagaimanapun kereta dipandu mangsa terbabas selepas berlanggar dengan kenderaan polis yang mengejarnya sehingga tiba di Kilometer 107 Jln Kuala Lumpur-Kuantan, dekat Kampung Bukit Lada, Pekan Awah.
Suspek mendapat kecederaan di kepala akibat perlanggaran itu dan dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temeloh untuk rawatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan