Pengikut

Selasa, 12 November 2013

Wajah Pemilik Taska Permata Harapan yang mendera kanak-kanak

Rozita Awang Pemilik Taska Permata Harapan
KUALA LUMPUR: Pemilik Taska Permata Harapan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan menganiaya seorang kanak-kanak berusia setahun lapan bulan pada 18 Oktober lalu.
Rozita Awang, 35, bagaimana tidak mengaku bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadapanya.
Dia didakwa menganiaya kanak-kanak di bawah jagaannya dengan cara yang mungkin akan menyebabkan kanak-kanak itu mengalami kecederaan fizikal dan emosi.
KUALA LUMPUR, 12 Nov -- Pemilik Taska Permata Harapan, Rozita Awang, 35, diiringi oleh anggota polis keluar dari Mahkamah Majistret Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini, hari ini selepas mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menganiaya seorang kanak-kanak lelaki, bulan lepas.
Ibu kepada enam cahaya mata itu didakwa melakukan kesalahan itu di ruang tamu taska di Taman Melati, Sentul di sini pada 11.35 pagi, 18 Okt lepas mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya.


Video Penderaan Kanak-kanak Di Taska Permata Harapan, Taman Melati

Rakaman dibuat melalui kamera yang tersembunyi yang diletakkan di dalam beg pakaian kanak-kanak dan berjaya merakam adegan pengasuh yang juga pemilik taska memukul kanak-kanak secara melampau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan