Pengikut

Rabu, 19 Februari 2014

Gambar Tun Dr Mahathir yang menghairankan dan mengejutkan Tan Sri Harussani Zakaria tersebar..?

Tun Mahathir mesra bersama Shah Rukh Khan dengan rambut berwarna-warni..macam atuk dan cucu...tak terkejut dan hairankah Tan Sri Mufti...? hahaha...
Sumber: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=707902902574965&set=a.116532778378650.11616.100000657861545&type=1
Keratan kisah Tok Mufti yang hairan baru-baru ini...

Gambar ini mungkin menjawap persoalan mengapa Tun Mahathir telah menyebabkan Tok Mufti UMNO Perak jadi saja-saja hairan...hahaha....

........................


KUALA LUMPUR: Umat Islam di Malaysia sedang menunggu apa reaksi pemimpin Umno dan golongan agamawan yang menjadi pengampu Umno bersuara mengenai penghinaan Dr Kassim Ahmad terhadap Nabi Muhammad SAW. 

“Apakah hina Nabi SAW tidak mengapa, yang perlu marah apabila menghina pemimpin Umno,” tanya Pengarah Jabatan Tarbiah PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Katanya, gelagat awpenyokong mereka seperti orang dirasuk histeria apabila ada orang menghina pemimpin mereka sehingga ada tawaran RM1,200 untuk sesiapa yang berani menampar Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dan menyembelih ayam yang dilumur darah ayam seperti orang yang hilang pedoman.

“Apakah kerana Kassim berucap pada seminar yang dirasmi oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang kita kenal sikap beliau terhadap Islam, apakah pemimpin takut dengan Tun Dr Mahathir? 

“Apakah kerana Kassim Ahmad merupakan ahli Umno, maka dia kebal dan bebal?” tanya beliau lagi.

Tambahnya, atau pun memang isu itu dibiarkan supaya menjadi polemik dan rakyat lupa isu kenaikan harga barang.

Ahli Parlimen Bukit Gantang berkata, jika isu Syiah diserang secara terbuka dan hendak diambil tindakan sehingga ke lubang cacing sehingga sanggup mengaitkan pemimpin PAS dengan Syiah.

Begitu juga, katanya jika isu penggunaan nama Allah laporan polis dibuat di seluruh negara untuk menunjukkan Umno pejuang kesucian Islam. 

“Mengapa pula hina Nabi SAW mereka diam seribu bahasa. PAS sebagai sebuah parti Islam tidak reda sama sekali dengan keadaan yang berlaku, beberapa nota bantahan sudah dihantar dan siri demonstrasi sudah berjalan,” ujarnya. 

Tegas beliau, bagi rakyat yang cintakan Islam dapat melihat inilah wajah sebenarnya Umno mengenai Islam.


http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/25824-isu-syiah-ke-lubang-cacing-bagaimana-umno-dengan-kassim

Tiada ulasan:

Catat Ulasan