Pengikut

Rabu, 19 Februari 2014

Mufti Perak akan sertai demontrasi di Ipoh esok...?

KENYATAAN MEDIA
PEMUDA PAS PERAK SOKONG MUFTI PERAK


Dewan Pemuda PAS Perak menyokong pendirian Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang mengecam mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed yang juga peneraju Leadership Foundation kerana menyokong dan mempertahankan pemikiran songsang Kassim Ahmad.

Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS Perak:-


1. Merakamkan ucapan setinggi tahniah kepada Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria kerana berani bersuara berkaitan isu agama tanpa takut walaupun melibatkan pimpinan Negara. Diharapkan beliau lebih konsisten dan istiqamah dengan pendirian beliau untuk isu-isu mendatang terutama yang menyentuh sensitivity agama Islam.


2. Merasa hairan dengan sikap beberapa pihak yang sering lantang dalam isu agama tiba-tiba diam membisu. Adakah kerana isu ini datangnya dari Mantan Presiden Umno maka mereka ini amat takut untuk bersuara


3. Menegaskan bahawa isu ini adalah isu berkaitan aqidah dan sepatutnya pihak berkaitan tidak memandang remeh tentang isu ini. Seharusnya pihak berkenaan sewajarnya bersama-sama umat Islam menyokong kenyataan Mufti Perak.


4. Menuntut pihak kerajaan dan JAKIM khususnya agar mengambil tindakan segera terhadap Kassim Ahmad yang sekian lama bergerak bebas menyebarluaskan pemikiran songsang ini sehingga ianya dijadikan satu wacana pemikiran dan dirasmikan pula oleh Mantan Perdana Menteri. Adakah pihak kerajaan dan JAKIM kecut perut dengan Kassim Ahmad sehingga tiada tindakan diambil


5. Dengan segala hormat dan sukacitanya Dewan Pemuda PAS Perak menjemput Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria serta NGO-NGO untuk bersama-sama umat Islam turun berdemontrasi esok 21hb Februari 2014 di lapangan Masjid Negeri membantah ucapan Kassim Ahmad dan sokongan Tun Mahathir Mohamed kepada Kassim Ahmad




AKMAL HJ KAMARUDIN
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak
Bertarikh : 20 Rabi’ul Akhir 1435H bersamaan 20 Februari 2014

-----------
# Apa mungkin ada kelapangan dan keberanian Tan Sri Mufti Perak sertai demontrasi esok..? Sama-sama kita hadir ke lokasi perhimpunan esok...Orangni nak salam dan ucap tahniah kat Tok Mufti jika beliau hadir.
Sumber : http://peraktoday.com.my/?p=155936
Diharap para konon-nya NGO yang sokong Tok Mufti Perak hadir sama untuk nyatakan sokongan bantahan terhadap  Tun Dr Mahathir Mohamed yang juga peneraju Leadership Foundation kerana menyokong dan mempertahankan pemikiran songsang Kassim Ahmad....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan