Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Anwar Ibrahim. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Anwar Ibrahim. Papar semua catatan

Ahad, 16 Mac 2014

MH370: Cuti Kapten Zaharie ditarik menjadi tanda tanya


 Zulimran Nasution Abdullah Omar
BREAKING 1442 hes: Benar, Kapten Zaharie Ahmad Shah adalah ahli seumur hidup KEADILAN, dan pernah bersama pemimpin Pakatan Rakyat dalam majlis tertentu. 
Tetapi adakah logik untuk mengatakan bahawa Zaharie fanatik terhadap Anwar Ibrahim dan kononnya plot kehilangan pesawat MAS MH370 ada kaitan dengan keputusan mahkamah yang memenjarakan Anwar selama lima tahun? 
Mengapa tidak kaitkan Zaharie sebagai peminat nombor satu Mila AF 5 yang hampir setiap program anjuran penyanyi itu dia tidak ketinggalan menyertainya 
Mengapa masyarakat tidak mengatakan bahawa Mila lah yang menjadi penyebab mengapa Zaharie sanggup menerbangkan pesawat itu?
Padahal ramai yang masih tidak tahu, Kapten Zaharie sedang bercuti beberapa hari tetapi dimaklumkan seberapa segera bahawa dia dikehendaki menerbangkan pesawat itu atas arahan pihak atasan? 
Pihak atasan itu siapa? 
Apakah Anwar Ibrahim sekarang sudah jadi perdana menteri dan bukan Najib Razak? 
Untuk menjelaskan keadaan, hanya Zaharie seorang yang mampu mendaratkan pesawat Boeing B777-200ER menggunakan landasan paling pendek berbanding kapten lain yang masih dalam perkhidmatan. 
Ini diakui oleh kenalan rapatnya dalam MAS yang terkejut mengapa Zaharie dipanggil untuk bertugas menerbangkan pesawat itu ke Beijing dalam keadaan terlalu segera (urgent) dan hanya mengetahui Zaharie yang menerbangkan pesawat itu apabila MAS sendiri mengesahkannya dalam sidang media pertama jam 1000 hrs Sabtu 8 Mac. 
Persoalannya, apakah dengan kepakaran Zaharie menyebabkan pihak tertentu memilihnya sebagai 'kambing hitam' untuk dijadikan alasan bahawa Zaharie yang melencongkan pesawat, menutup transponder dan terbang ke arah koridor utara atau selatan seperti kata Najib Razak semalam? 
Berdasarkan pertimbangan semasa, Zaharie tidak boleh menolak arahan majikannya dan dia sendiri langsung tidak mengetahui bahawa plot menghilangkan pesawat itu adalah agenda pihak tertentu.
Sebenarnya di dalam pesawat itu terdapat ramai penumpang 'berharga' tidak kira sama ada China, Amerika Syarikat mahupun Russia yang difahamkan kapten diarahkan supaya melakukan 'itu dan ini' bagi menghalang 'agenda tersembunyi' ejen CIA yang dikatakan turut berada dalam pesawat berkenaan. 
Tuduhan untuk mengaitkan Zaharie dengan Anwar Ibrahim sememangnya satu tindakan niat jahat untuk mengkambing hitamkan keadaan dan dalam masa sama melepaskan beban penjelasan kepada Pakatan Rakyat sedangkan mereka sendiri juga tidak tahu menahu akan agenda sulit ini. 
Dan keengganan Najib sendiri menjawab pertanyaan pemberita hingga ada yang ditangkap kini sudah menjadi bahan bualan seluruh dunia seperti mana kebodohan bomoh yang ada kaitan dengan Umno melakukan ritual yang bertentangan dengan ajaran Islam. 
Berhenti menuduh Zaharie kerana kita masih tidak mengetahui nasibnya, dan penumpang lain sama ada hidup atau sebaliknya walaupun desas-desus mengatakan pesawat berkenaan selamat mendarat di satu lokasi rahsia beberapa jam selepas melakukan lencongan menghala Laut Andaman. 

-sumber: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=381766925296685&set=a.108408709299176.9407.100003901426962&type=1

Sabtu, 15 Mac 2014

MH370 dan Anwar Ibrahim

...........
Anwar Ibrahim adalah ikon demokrasi secara meluas popular dan bekas Timbalan Perdana Menteri yang didakwaan atas tuduhan liwat dilihat oleh ramai rakyat Malaysia sebagai penganiayaan politik. 
 Ahli politik  mengatakan ianya kempen, pencabar utama untuk parti pemerintah Malaysia, (Anwar Ibrahim) adalah mangsa kempen memburuk-burukkan yang sudah lama berjalan dan telah menghadapi tuduhan yang direka-reka. 
Kapten Shah, yang dianggap telah menghadiri perbicaraan dalam jam Putrajaya sebelum terbang, adalah dianggap marah dengan keputusan itu. 
Rakan sekerja telah memberitahu penyiasat juruterbang veteran adalah seorang aktivis sosial yang lantang dan kuat dalam sokongannya terhadap Ibrahim. 
Penyiasat berkata: 'Kami sedang mengkaji teori bahawa kepercayaan politik Zaharie mungkin jadi satu faktor. Terdapat sensitiviti yang besar sekitar ini tetapi kami tidak mampu untuk tidak meneruskan sebarang sudut dibawa kepada perhatian(siasatan) kami. ' 
 http://www.dailymail.co.uk/news/article-2581817/Doomed-airliner-pilot-political-fanatic-Hours-taking-control-flight-MH370-attended-trial-jailed-opposition-leader-sodomite.html#ixzz2w6J5u4z4
Nota Orangni: Semakin tak tau apa nak cakap,nak komen,nak soal atau nak tanya... sebab macam berskrip pula dilihat semua ini.... adakah #MH370 akan diseret ke isu politik tanahair yang sudah dibusukan oleh UMNO BN sejak sekian lama..??

Isnin, 25 Mac 2013

Beranikah Zambry Kadir Jemput Najib Ke Perak..???

Sejak dua menjak ini heboh juga pasal Dato Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat telah menyuarakan hasrat beliau untuk bertanding di Perak. 

Ada yang menjadi nujum bagi UMNO menjangkakan  Anwar  akan bertanding di kawasan parlimen Ipoh Timur kerana beliau menyanyikan lagu Lim Kit Siang akan bertanding di Gelang Patah Johor.

Pun begitu, hasrat Anwar telah disambut konon-nya menurut sumber mengatakan bahawa Ahli Parlimen Tambun dan Pasir Salak iaitu, Menteri Kewangan Kedua Dato Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Dato Seri Tajudin Rahman kedua-dua-nya orang kuat UMNO di negeri Perak mengalu-alukan Anwar bertanding di Perak.

Menghairankan juga kenapa orang-orang kuat dalam UMNO sendiri menjemput DSAI bertanding di Perak..?? 

Sewajar logik akalnya kalau dah jemput DSAI bertanding di Perak mengapa tidak mengundang sama Si Presiden UMNO Najib Tun  Razak juga bertanding dimana-mana kerusi Parlimen di Perak.

Membanggakan apabila Ketua Pemuda Pas Perak juga mencadangkan Anwar bertanding di Parlimen Lumut dan ada juga mencadangkan Anwar bertanding di Parlimen Tambun.

Ramai dikalangan UMNO sibuk membuat andaian bahawa Anwar sebenarnya hanya akan bertanding di kawasan ramai pengundi Cina kerana konon-nya beliau tahu bahawa pengundi Melayu yang beragama Islam sudah menolak beliau dan macam-macam lagi andaian negatif terhadap PAS bagi menampakan konon-nya PAS tak berapa suka dengan kehadiran Anwar.

Hakikatnya akan hasrat Anwar untuk bertanding di Perak sebenarnya telah mengundang gelisah,resah dan keluh kesah dikalangan orang kuat UMNO Perak terutamanya Zambry Kadir sendiri.
Zambry Kadiaq
“Hanya kerana manusia kecil seperti saya, pembangkang terpaksa angkut Anwar untuk lawan BN….saya tak tahu apa dah jadi dengan pembangkang hingga sampai ke peringkat merayu-rayu kepada Ketua Pembangkang agar datang dan bertanding di negeri Perak”- itu ulasan Zambry Kadir yang tak faham keadaan setiuasi sebenar. Anwar memikirkan dan BERHASRAT untuk bertanding di Perak bukan di angkut Pakatan Rakyat Perak...hahaha...

UMNO Perak seakan-akan menerima amaran gempa tsunami politik yang bakal tiba pada PRU-13 nanti, Zambry dan UMNO Perak dilihat jadi terkedu dengan hasrat Anwar ini. 

Kemana mereka (UMNO) nak minta tolong..?? 
Nak jemput Najib Tun Razak bertanding di Perak..??
Beranikah Najib..??
Ada kejantanankah Najib..??
Zambry ada berani ke jemput Najib...???
(Jawapanya....semuanya tidak,tidak,tidak dan tidak mungkin....hahaha...)

Orangni teringin nak lihat bakal mantan PM dan bakal PM bertanding di negeri Perak, tapi beranikah Zambry Jemput Najib Ke Perak..???