Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Pray for MH370. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pray for MH370. Papar semua catatan

Sabtu, 15 Mac 2014

MH370 dan Anwar Ibrahim

...........
Anwar Ibrahim adalah ikon demokrasi secara meluas popular dan bekas Timbalan Perdana Menteri yang didakwaan atas tuduhan liwat dilihat oleh ramai rakyat Malaysia sebagai penganiayaan politik. 
 Ahli politik  mengatakan ianya kempen, pencabar utama untuk parti pemerintah Malaysia, (Anwar Ibrahim) adalah mangsa kempen memburuk-burukkan yang sudah lama berjalan dan telah menghadapi tuduhan yang direka-reka. 
Kapten Shah, yang dianggap telah menghadiri perbicaraan dalam jam Putrajaya sebelum terbang, adalah dianggap marah dengan keputusan itu. 
Rakan sekerja telah memberitahu penyiasat juruterbang veteran adalah seorang aktivis sosial yang lantang dan kuat dalam sokongannya terhadap Ibrahim. 
Penyiasat berkata: 'Kami sedang mengkaji teori bahawa kepercayaan politik Zaharie mungkin jadi satu faktor. Terdapat sensitiviti yang besar sekitar ini tetapi kami tidak mampu untuk tidak meneruskan sebarang sudut dibawa kepada perhatian(siasatan) kami. ' 
 http://www.dailymail.co.uk/news/article-2581817/Doomed-airliner-pilot-political-fanatic-Hours-taking-control-flight-MH370-attended-trial-jailed-opposition-leader-sodomite.html#ixzz2w6J5u4z4
Nota Orangni: Semakin tak tau apa nak cakap,nak komen,nak soal atau nak tanya... sebab macam berskrip pula dilihat semua ini.... adakah #MH370 akan diseret ke isu politik tanahair yang sudah dibusukan oleh UMNO BN sejak sekian lama..??

Rabu, 12 Mac 2014

MH370: Bomoh-bomoh akan dikerah bantu cari pesawat oleh Menteri..???

Sebelum ini nelayan-nelayan dikerah oleh Menteri untuk mencari pesawat #MH370, selepas itu muncul isu Raja Bomoh dengan teropong buluh bersama bubu di KLIA dan mengundang macam-macam pandangan,kutuk-kan dan sindirian dengan apa yang berlaku.

Dengan tidak disangka-sangka Menteri UMNO yang pegang folio Agama kata tak salah guna khidmat bomoh...apa punya malang umat Islam negara ini mendapat menteri yang konon-nya jaga kepentingan dan maruah Islam mempertahankan bomoh..jika menteri itu bukan Islam tidak jadi masaalah,tapi Menteri yang bernama Jamil Khir Baharom keluarkan kenyataan begitu..

Apa mungkin juga selepas ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri Si Jamil Khir akan keluarkan arahan untuk kerahkan bomoh-bomoh mencari pesawat yang hilang tersebut...
Keratan akhbar: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140312/dn_18/Tidak-salah-guna-khidmat-bomoh---Jamil-Khir
.................
Lihat apa kata Bekas Mufti dibawah...
Baca link ini untuk lebih jelas: Kesilapan Umat Islam Dalam Kepercayaan & Aqidah

Selasa, 11 Mac 2014

MH370: Najib Perdana Menteri Malaysia ditinggalkan berdoa sendirian....kemana yang lain..??

....................
KUALA LUMPUR, 11 Mac -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terpacak berdiri sendirian didewan negara bertafakur ekoran insiden pesawat MH370 yang hilang sejak Sabtu lalu, sebelum bermulanya Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen Ke-13 Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen di sini, hari ini.
Penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing bersama 227 penumpang termasuk dua bayi dan 12 anak kapal itu hilang daripada radar pada 1.30 pagi Sabtu, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)...Kemana yang lain..?? 

KAJANG, 11 Mac - Ooo...rupanya Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (kanan)  mengaminkan bacaan doa sebelum berarak mengiringi Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N25 Kajang yang juga merangkap Naib Presiden MCA, Datin Seri Paduka Chew Mei Fun (tengah) ke Dewan Perncalonan pada hari penamaan calon PRK DUN N.25 Kajang di Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ). Nampanya politik lebih penting dari isu #MH370 ataupun saja mahu tinggalkan Najib sendiri....
Najib kini sendirian.....

MH370: MasyaAllah...Doa Saudara baru Islam dipedalaman dimakmulkan semalam

Subahanallah...
"hujan turun selebat-lebatnya sebaik mereka berdoa di dalam sujud yang panjang, setelah hampir sebulan tiada hujan lebat di sana,
Mereka yang baru Islam dan bersih dari dosa ini turut mendoakan secara khusus penemuan dan keselamatan para penumpang MH370. Mudah-mudahan esok akan ada berita baik buat kita. Amin."- FB Ust Mohd Fadli Yusof  (Kembara Syahadah: 
http://syahadah.dakwah.org/ )
Sekiranya saudara baru kita (Islam) boleh bersujud (Solat) dan menadah tangan berdoa secara khusus supaya #MH370 ditemui dan semua penumpang dan anak kapal selamat...mengapa kita yang telah lama mengaku Islam tidak boleh bersujud dan berdoa sama...

Berdoalah...

Waktu-waktu dan Tempat-tempat Doa Mustajab