Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Bob Lokman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bob Lokman. Papar semua catatan

Isnin, 12 November 2012

Update: (Gambar) Kereta Bob Lokman dirempuh gajah liar

Orangni kat sini memaparkan gambar terbaru keadaan kereta Waja Bob Lokman yang dirempuh gajah liar ketika dalam perjalanan beliau ke Kelantan semalam melalui jalanraya Gerik - Jeli. (Sini)

Ketika Bob Lokman menghubungi Orangni semalam, beliau  menceritakan saat-saat cemas ketika berhadapan dengan se-ekor gajah liar tersebut.

"Memang cemas ketika itu, kerana haiwan liar tersebut secara tiba-tiba meluru ke arah kereta, walaupun kereta telah diberhentikan dijarak lebih 30 meter" Ujar Bob Lokman.

Dalam beberapa saat saja gajah tersebut sudah berada dihadapan kereta dan merempuh bahagian hadapan kereta  tambah Bob Lokman.

"Saya memadamkan lampu kereta ketika gading gajah menusuk ke badan kereta,keadaan kereta ketika itu bergoyang kuat hinggakan tayar belakang kereta terjongket naik,sebaik lampu kereta dipadamkan gajah tersebut terus beredar meninggak-kan kereta dan bergerak masuk ke dalam hutan di tepi jalan." "Saya hanya bertawakal kepada Allah ketika saat cemas itu...Alhamdullilah semua kembali tenang dan selamat,kereta pun masih boleh bergerak meneruskan perjalanan ".
Berlubang....kesan tusukan gajah liar


Ahad, 29 Julai 2012

Bob Lokman jalani pembedahan jantung

Esok 30hb Julai 2012: Mohd Hakimi B. Lokman atau lebih dikenali sebagai Bob Lokman akan dimasukkan ke wad disebuah hospital dipinggir ibukota Kuala Lumpur bagi menjalani  satu pembedahan jantung. Perkara ini disahkan sendiri oleh Bob Lokman beberapa hari lalu ketika penulis berbuka puasa dikediaman beliau.

Oleh itu penulis Orang ni berharap marilah kita bersama-sama berdoa memohon kepada Allah dibulan ramadan Al-Mubarak ini agar beliau selamat menjalani pembedahan tersebut dan dideraskan kesembuhan atas dirinya agar Bob Lokman  dapat  menyambung kembali perjuangannya menegakkan agama Allah di muka bumi ini...amin..