Pengikut

Isnin, 12 November 2012

Update: (Gambar) Kereta Bob Lokman dirempuh gajah liar

Orangni kat sini memaparkan gambar terbaru keadaan kereta Waja Bob Lokman yang dirempuh gajah liar ketika dalam perjalanan beliau ke Kelantan semalam melalui jalanraya Gerik - Jeli. (Sini)

Ketika Bob Lokman menghubungi Orangni semalam, beliau  menceritakan saat-saat cemas ketika berhadapan dengan se-ekor gajah liar tersebut.

"Memang cemas ketika itu, kerana haiwan liar tersebut secara tiba-tiba meluru ke arah kereta, walaupun kereta telah diberhentikan dijarak lebih 30 meter" Ujar Bob Lokman.

Dalam beberapa saat saja gajah tersebut sudah berada dihadapan kereta dan merempuh bahagian hadapan kereta  tambah Bob Lokman.

"Saya memadamkan lampu kereta ketika gading gajah menusuk ke badan kereta,keadaan kereta ketika itu bergoyang kuat hinggakan tayar belakang kereta terjongket naik,sebaik lampu kereta dipadamkan gajah tersebut terus beredar meninggak-kan kereta dan bergerak masuk ke dalam hutan di tepi jalan." "Saya hanya bertawakal kepada Allah ketika saat cemas itu...Alhamdullilah semua kembali tenang dan selamat,kereta pun masih boleh bergerak meneruskan perjalanan ".
Berlubang....kesan tusukan gajah liar


Tiada ulasan:

Catat Ulasan