Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Dyana Sofya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dyana Sofya. Papar semua catatan

Ahad, 18 Mei 2014

Kerana Dyana Sofya jadi calon Muslimat PAS pikul 2 tugas khas di Teluk Intan..?

Gambar yang Orangni rakam semasa Dyana Sofya hadir program Pemuda PAS
klik SINI
Gambar terkini semasa penamaan calon 19 mei 
mesej terbaik yang Orangni cilok dari FB..Terbaik buat jentera pilihanraya terutamanya para petugas dari muslimat PAS dalam prk Teluk Intan.
Berkempen untuk meraih undi disamping mendidik calon

**
Hudud itu wajib 
Menjaga aurat itu jugak wajib
Dakwah jugak wajib
Wajib dimulakan dengan pendidikan
Semoga hidayah Allah mengiringi kemenangan wanita ini





HUDUD: Dyana Sofya calon DAP senada seirama dengan pendirian parti GERAKAN

Hmmm...sebab tu aku malas nak komen panjang lebar pasal Prk P076 Teluk Intan...Jika sebelum ni aku terupload kisah dan video ceramah pertama bakal calon DAP di pentas PAS pun aku dah rasa tak berapa nak siyor kata orang Perak...yang ni lagi lah aku tak siyor nak tulis panjang2 sebab kalau aku tulis panjang-panjang,nanti aku melalut sebab aku tahu ramai yang dok kalut dengan berbagai pandangan dan rumusan berkaitan isu calon,isu perwatakan calon,isu calon anak gadis melayu,isu tak pakai tudung dan macam-macam lagi...

Aku tahu dan dapat rasakan...ibarat ditelan mati mak dan diluah mati bapak,macam tu lah rasanya rasa sesetengah ahli dalam PR terutamanya bagi penyokong PAS khususnya dinegeri Perak.

Okey...take the point..!!! 

Dok riuh di media alam maya pasal isu calon wanita DAP di Teluk Intan dengan isu seperti yang aku sebuat diatas tadi tetiba keluar pula klip video [2:13] bertajuk "Dyana: Saya tak akan undi sokong hudud".

woohh..!!! Ini dah macam bagi bola tanggung kat Umno BN dalam prk Teluk Intan...


Dalam video tu calon DAP bagi kerusi Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud berkata beliau tidak menentang hukum hudud.
Namun selaras dengan pendirian partinya, katanya, jika terpilih sebagai ahli parlimen, beliau akan mengundi tidak akan menyokong hukum Islam itu jika dibentangkan..
Pada pendapat aku kenyataan tersebut pasti mengurangkan beberapa peratus undi untuk kamu...walaupun kamu (Dyana Sofya) guna alasan itu dasar parti sekalipun. Sebab jawapan atau ayat perkataan yang akan kamu terima ialah "kamu tu seorang Islam" [ Titik ].

Satu lagi...aku dok perati kenyataan calon DAP ni macam senada dengan pendirian Tan Lian Hoe pengerusi parti GERAKAN Perak yang siap ada page Facebook untuk tentang hudud dilaksanakan.

Hmmm...kebetulan pula calon BN di Teluk Intan juga dari parti GERAKAN iaitu Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong .... jadi bab hudud ni di Teluk Intan kedua-dua pendirian calon dan parti kiri dan kanan senada dan seirama...kot-kot ada calon bebas macam Nabi Bux je kot yang bakal memanaskan lagi suasana prk  P076 nanti...hahaha..

Susah juga mau cakap isu ni nak buat camana kan..??? 

Hahaha......aku bukan pengundi di Teluk Intan..jadi pengundi Teluk Intan lah yang sewajarnya memilih yang mana satu Intan atau Kaca... Kome tentu pandai memilih sebab kome duduk di Teluk Intan....hahaha....


Ini page FB dari parti GERAKAN berkaitan hudud
Ini kenyataan Bakal calon DAP berkaitan hudud
Soalan: Apa beza calon DAP dan parti GERAKAN..??
A. Sama
B. Serupa
C. Sama serupa
D. Bikin pening....hahaha...

Sabtu, 17 Mei 2014

PRK P076: Ceramah sulung Dyana Sofya dipentas PAS [ Video ]




17 mei 2014: Teluk Intan Perak -- Bakal calon wanita  dari DAP Dyana Sofya telah hadir pada malam pelancaran jentera pilihanraya Pemuda PAS di markaz PAS Teluk Intan. Ini adalah ceramah sulung beliau di pentas PAS setelah diumumkan sebagai bakal calon dari DAP untuk pilihanraya kecil P076 Teluk Intan pada sebelah petang pada hari tersebut.

korang dengar sendiri apa ucapan sulung Dyana Sofya ni dan nilai sendiri apa saja mengikut keperluan korang... Orangni tak nak ulas panjang tentang bakal calon ni... Sekali-sekala Orangni rasa cukuplah sekadar kongsi sesuatau yang boleh korang buat rumusan sendiri....hahaha..

kat bawah ni sedikit Biodata Saudari Dyana Sofya...:
Nama Penuh : Dyana Sofya Mohd Daud  
Umur : 27 Tahun
Asal : Ipoh, Perak
Agama : Islam 
Status : Bujang
Kelulusan : Ijazah Sarjana Muda dari UiTM
Pengkhususan : Undang-undang (miliki firma guaman di Cyberjaya)
Kerjaya : Setiausaha Politik Lim Kit Siang Parlimen Gelang
Patah.
** Gambar video kurang jelas kerana Orangni merakam dengan handphone cap Ayam secara kebetulan dilokasi sebab ikut member secara kebetulan....hahaha....


Prk Bukit Gelugor dikatakan tak ada kacau
Prk Teluk Intan dibayangkan banyak kacau
Sebabnya...UMNO BN yang buat kacau...
Hahaha.....