Pengikut

Memaparkan catatan dengan label GERAKAN.. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label GERAKAN.. Papar semua catatan

Ahad, 18 Mei 2014

HUDUD: Dyana Sofya calon DAP senada seirama dengan pendirian parti GERAKAN

Hmmm...sebab tu aku malas nak komen panjang lebar pasal Prk P076 Teluk Intan...Jika sebelum ni aku terupload kisah dan video ceramah pertama bakal calon DAP di pentas PAS pun aku dah rasa tak berapa nak siyor kata orang Perak...yang ni lagi lah aku tak siyor nak tulis panjang2 sebab kalau aku tulis panjang-panjang,nanti aku melalut sebab aku tahu ramai yang dok kalut dengan berbagai pandangan dan rumusan berkaitan isu calon,isu perwatakan calon,isu calon anak gadis melayu,isu tak pakai tudung dan macam-macam lagi...

Aku tahu dan dapat rasakan...ibarat ditelan mati mak dan diluah mati bapak,macam tu lah rasanya rasa sesetengah ahli dalam PR terutamanya bagi penyokong PAS khususnya dinegeri Perak.

Okey...take the point..!!! 

Dok riuh di media alam maya pasal isu calon wanita DAP di Teluk Intan dengan isu seperti yang aku sebuat diatas tadi tetiba keluar pula klip video [2:13] bertajuk "Dyana: Saya tak akan undi sokong hudud".

woohh..!!! Ini dah macam bagi bola tanggung kat Umno BN dalam prk Teluk Intan...


Dalam video tu calon DAP bagi kerusi Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud berkata beliau tidak menentang hukum hudud.
Namun selaras dengan pendirian partinya, katanya, jika terpilih sebagai ahli parlimen, beliau akan mengundi tidak akan menyokong hukum Islam itu jika dibentangkan..
Pada pendapat aku kenyataan tersebut pasti mengurangkan beberapa peratus undi untuk kamu...walaupun kamu (Dyana Sofya) guna alasan itu dasar parti sekalipun. Sebab jawapan atau ayat perkataan yang akan kamu terima ialah "kamu tu seorang Islam" [ Titik ].

Satu lagi...aku dok perati kenyataan calon DAP ni macam senada dengan pendirian Tan Lian Hoe pengerusi parti GERAKAN Perak yang siap ada page Facebook untuk tentang hudud dilaksanakan.

Hmmm...kebetulan pula calon BN di Teluk Intan juga dari parti GERAKAN iaitu Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong .... jadi bab hudud ni di Teluk Intan kedua-dua pendirian calon dan parti kiri dan kanan senada dan seirama...kot-kot ada calon bebas macam Nabi Bux je kot yang bakal memanaskan lagi suasana prk  P076 nanti...hahaha..

Susah juga mau cakap isu ni nak buat camana kan..??? 

Hahaha......aku bukan pengundi di Teluk Intan..jadi pengundi Teluk Intan lah yang sewajarnya memilih yang mana satu Intan atau Kaca... Kome tentu pandai memilih sebab kome duduk di Teluk Intan....hahaha....


Ini page FB dari parti GERAKAN berkaitan hudud
Ini kenyataan Bakal calon DAP berkaitan hudud
Soalan: Apa beza calon DAP dan parti GERAKAN..??
A. Sama
B. Serupa
C. Sama serupa
D. Bikin pening....hahaha...

Jumaat, 29 Mac 2013

Malang Seorang Timbalan Menteri Bodoh Tak Tahu Harga Santan


"Saya nak bagi tahu kepada abang-abang dan kakak-kakak, jangan ingat kami hanya duduk dalam bilik aircond di Putrajaya, tak buat apa-apa. Saya sendiri turun ke padang masuk pasar. Baru ni saya masuk pasar Taiping, tuan-tuan tahu tak santan sekarang dah harga RM12 sekilo?.Harga naik jadi RM12 kerana kita terpaksa import kelapa dari luar. Ahli parlimen sekarang (Nga Kor Meng) tak tahu pun semua ni. Dia mana ambik peduli pasal rakyat .... bla...bla...bla" - Sebahagian ucapan Menteri Nyonya dari Gerakan yang sekarang dilihat memperkuda UMNO Taiping. Selain dari itu Tan Lian Hoe juga cuba manupulasikan kenaikan harga ikan disebabkan oleh faktor cuaca.

Begitulah ucapan seorang Timbalan Menteri yang bernama Tan Lian Hoe yang tak cerdik dihadapan lebih kurang 40 orang penduduk semasa berkempen untuk mempromosikan dirinya untuk menjadi calon Parlimen Taiping di Dewan orang Ramai, Kg. Pinang Seberang Kamunting pada jam 3.30 petang, 23 Mac 2013 yang lalu. 

Bodoh punya Tim. Menteri...nak kelentong rakyat tapi menyerlahkan sikapnya yang hanya pandai cakap kosong dan penipu.....

Oooiii nyonya Gerakan..harga santan kat mana lu tengok sampai RM12 sekilo..?? Setahunya harga santan (Air) sekarang hanya didalam RM6 ke RM7 saja, mana datang RM12..?? Agaknya nyonya Gerakan ni beli santan dari kedai dari penyokong UMNO BN Taiping kot....hahaha....

Majlis kononnya anjuran Kementerian Perdagangan Koperasi Pengguna di haram jadahkan atas Tajuk Sembang2 Pengguna ialah ADUN Kamunting ialah YB Zahir yang menjadi kuda tunggangan Nyonya Gerakan ini. 

Sungguh malang program bertopengkan konon-nya dari sebuah kementerian di pekudakan oleh Nyonya Gerakan untuk tujuan politik.
Nyonya Gerakan memperkuda program kerajaan untuk tujuan politik
Kelihatan YB Zahir diperkuda Nyonya Gerakan
Program KPDNKK digunakan untuk tujuan politik...boloh punya nyonya Gerakan..!!!!

Kesian...Pak Cik dan Mak Cik dalam 40 orang dikelentong Nyonya Gerakan
..............................


Ahad, 3 Februari 2013

Apa hal Nyonya GERAKAN Taiping kehulu kehilir masuk Kem Tentera...?

Ini nyonya Tan Lian Hoe...adalah seorang  Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, dia bukan ada kena mengena dengan Kementerian Pertahanan.

Tapi apa hal hari ini khabarnya ini nyonya Tan Lian Hoe dari parti GERAKAN Taiping sibuk keluar masuk kem tentera  sekitar Taiping, khabarnya wakil pemimpin UMNO Taiping pun tumpang sekali join.

Konon-nya nak bagi buah limau sempena tahun baru cina kat askar-askar....pegi dha...!!! Ini Tan Lian Hoe bersama rombongan akan singgah dari satu kem tentera ke kem lain, sebenarnya ini semua agenda politik mangkuk tandas nak tunjuk muka konon-nya ini nyonya Tan Lian Hoe bakal calon Parlimen Taiping,lepas tu nak kempen dalam kem askar untuj undi UMNO BN.

Si balaci cai-cai UMNO Taiping pun ambil kesempatan tunjuk muka....

Orangni: Terima Kasih dan syabas askar-askar yang sekarang berani diatas landasan demokrasi, baik LLP atau Pegawai..ramai dah pandai dan bertambah berani sekarang....macam tu lah askar....betul tak skot..?
Lu kasi buah limau wa angkat ma...tapi nanti time undi pos wa talak undi sama lu nyonya....hahaha....