Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Kemunting. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kemunting. Papar semua catatan

Rabu, 7 Mei 2014

TERKINI:Kemunting Taiping Dipukul Angin Ribut Pokok Besar Tumbang dan Kontena YB Zahir Terbalik [Gambar]

5 Mei : Kemunting Taiping, dalam jam 3:30ptg hujan lebat serta angin kencang telah menumbangkan sebatang pokok besar berhampiran lampu isyarat Kemunting (tak jauhProdua dan KFC Kemunting)
Dilaporkan beberapa buah kenderaan rosak teruk dihempap pokok tersebut dan tiada laporan kecederaan dilaporan. 
Pihak BOMBA telah bergegas ketempat kejadian untuk menyelamat serta mengalihkan pokok tersebut yang menghalang kenderaan,kerana jalan tersebut adalah laluan utama dari TOL Kemunting ke pekan Kemunting dan Taiping. 
Gambar: spy Orangni.

** Menurut maklumat kontena yang dihadapan pejabat YB Zahir (Pejabat Belia 4B) juga turut terbalik dalam kejadian hujan dan ribut tersebut.. (Gambar belum diterima untuk dipaparkan)

Isnin, 11 Mac 2013

Terdedah..!!!!: Ust Kazim Rupanya Sekampung Dengan Blogger TaipingMali

TaipingMali dan Kazim sekentut@sekampung rupanya...haha..
Ooooo....Baru la Orangni tahu dan ni nak bagi tahu.....rupa-rupanya Ustaz Kazim ni sekentut sekampung   dengan Cikgu Cikgu Muhammad Najmi bin Awang,mereka berdua ni berasal dari Batu Kurau....Oooo...macam tu rupanya...haha...

Ustaz Kazim dilahirkan di Kampung Paya, Batu Kurau, daerah Selama, Perak pada 28 November 1972 dan Cikgu Najmi pun berasal dari kawasan yang sama cuma umur Cikgu Najmi agak lebih tua bangka dari Ust Kazim.

Cuma bezanya Kazim jadi Ustaz dan Najmi jadi Cikgu yang juga seorang blogger upahan (TaipingMali) UMNO BN Perak yang hebat menghentam memaki hamun para Ulama.

Tak kurang juga Ust Kazim sekarang ini pun ramai dah tahu,siri ceramah-nya akan diselitkan juga menghentam Ulama yang berada dalam PAS,cuma Ust Kazim ni tak maki hamun tapi kat Batu Kurau diatas pentas ceramah baru-baru ini terkeluar juga perkataan "Biawak" dari mulut Kazim.

Nampaknya esok Taiping Mali akan dapatlah jumpa member sekampungnya,sebab Ust Kazim akan bikin ceramah Perdana di Kemunting. Orangni harap,Ust Kazim dapatlah sikit menegur Cikgu Najmi@TaipingMali ni...janganlah rosakan nama baik para guru, penulisan TaipingMali dalam blog-nya begitu jijik dengan maki hamun dan fitnah para Ulama. Kalau tak suka atau benci pun janganlah keluar ayat-ayat jijik yang tidak bersopan.

Orangni harap Ust Kazim ajarkan TaipingMali ni sikit, boleh menghentam tapi beradaplah sikit. Ikutlah macam Ust Kazim yang hanya sindir menyindir..itupun orang dah faham,Ust Kazim hentam PAS dan Pakatan Rakyat...hahaha....
Gambar ehsan FB Leman
Orangni juga mengucapkan thank you kepada Leman Raja Lawak yang semalam mendedahkan siapa itu TaipingMali dilaman FB-nya.
UMNO Taiping macam tak iklas saja jemput Kazim datang ceramah kat Kemunting.Banner pun dipasang senget dan khabarnya tak banyak banner dibuat.


Khamis, 7 Februari 2013

YB Zahir diboikot ahli UMNO sendiri kalau bertanding...?

Panas...!!! Panas...!!! Panas...!!! 

Walaupun kat Taiping ni sentiasa hujan,rupanya cuaca panas didalam UMNO Bahagian Taiping.

Menurut sumber mengatakan YB Dato Zahir (ADUN Kemunting) bakal diboikot oleh orang UMNO sendiri berikutan TERBONGKAR suatu kisah yang tidak dijangka-jangka dilakukan oleh seorang ADUN.

Ada yang mengatakan YB Kemunting terlibat dalam kerja melibatkan tempat judi kuda. Perkara ini tidak dapat disahkan benar atau tidak,tapi perkara ini telah kecoh didalam UMNO Taiping.

Khabarnya  penyokong UMNO Taiping akan memboikot tidak akan  mengundi calon UMNO DUN Kemunting jika di letakan YB Zahir bertanding. Sebaliknya penyokong UMNO akan memilih calon lawan (PAS) sebagai memprotes.
Zambry naik kereta sepanjang majlis diTaiping dengan Shalimin
Patutlah Shalimin sangat intim dengan Zambry...rupanya Zahir bakal dicantas
Zambry dan Shalimin tersenggeh...kat belakangya Zahir yang bermuram..