Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Dr Zambry. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dr Zambry. Papar semua catatan

Selasa, 19 Februari 2013

UMNO BN Perak Rasuah Tok Batin Seluruh Perak Dengan Handphone Free..??


Dalam tahun lepas kecoh di Perak mengenai isu Jabatan Orang Asli adakan latihan 'undi BN'
Hari ini pula didedahkan pula UMNO BN Perak memberi handphone percuma kepada Tok Batin seluruh negeri Perak.

Konon-nya sebagai simbolik Kasih Sayang ataupun  terima kasih  dari UMNO BN Perak kepada Tok-Tok Batin. 

Kalau Kasih Sayang mengapa hanya Tok Batin saja diberi handphone free..? Sepatutnya semua orang asli diberi handphone percuma di Perak...baru betul..haha.. Rasanya bukan kasih sayang,tapi sebenarnya UMNO BN Perak Memohon Kasih  sebab dah dekat nak PRU.

Sebab utama bagi handphone percuma kat Tok-Tok Batin hanyalah sebab harap kasih sayang kaum orang asli dengan bagi undi pada UMNO BN.

Satu demi satu tindakan UMNO BN cuba merendahkan martabat kaum orang asli di Perak, sudahlah mereka diperbodohkan oleh UMNO BN Perak dengan isu mengajar cara mengundi tahun lalu,kini Zambry sanggup seperti merasuah Tok-Tok Batin dengan handphone percuma pula.
............................................
Petikan SinarHarian Online
IPOH – Tok Batin di negeri ini bertuah apabila menerima sumbangan telefon bimbit daripada kerajaan negeri bagi memudahkan mereka menyalurkan permasalahan di tempat masing-masing.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, sumbangan itu adalah simbolik tanda kasih sayang kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada masyarakat Orang Asli di negeri ini.- Sumber SH
.............................................


Khamis, 7 Februari 2013

YB Zahir diboikot ahli UMNO sendiri kalau bertanding...?

Panas...!!! Panas...!!! Panas...!!! 

Walaupun kat Taiping ni sentiasa hujan,rupanya cuaca panas didalam UMNO Bahagian Taiping.

Menurut sumber mengatakan YB Dato Zahir (ADUN Kemunting) bakal diboikot oleh orang UMNO sendiri berikutan TERBONGKAR suatu kisah yang tidak dijangka-jangka dilakukan oleh seorang ADUN.

Ada yang mengatakan YB Kemunting terlibat dalam kerja melibatkan tempat judi kuda. Perkara ini tidak dapat disahkan benar atau tidak,tapi perkara ini telah kecoh didalam UMNO Taiping.

Khabarnya  penyokong UMNO Taiping akan memboikot tidak akan  mengundi calon UMNO DUN Kemunting jika di letakan YB Zahir bertanding. Sebaliknya penyokong UMNO akan memilih calon lawan (PAS) sebagai memprotes.
Zambry naik kereta sepanjang majlis diTaiping dengan Shalimin
Patutlah Shalimin sangat intim dengan Zambry...rupanya Zahir bakal dicantas
Zambry dan Shalimin tersenggeh...kat belakangya Zahir yang bermuram..





Khamis, 31 Januari 2013

UMNO Taiping@Mali Mencalonkan Nyonya Puja Ratu Bogel sebagai calon Parlimen Taiping...?

Ini nyonya Tan Lian Hoe.... adalah YB yang di-import khas oleh UMNO Taiping untuk bertanding di Parlimen Taiping pada PRU akan datang,ini nyonya Tan Lian Hoe adalah MP Gerik...tiba-tiba sibuk selalu saja mari Taiping....hahaha....

Khabarnya ini nyonya Tan Lian Hoe... sudah berjaya pikat hati itu Zambry Anak Kadir untuk dicalonkan bertanding di Taiping dengan mengenepikan calon melayu iaitu Shalimin  yang sebelum ini juga ada sikit minat  mahu cuba nasib di Taiping. 

Ini nyonya Tan Lian Hoe...adalah seorang  Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, tapi apa hal ini nyonya Tan Lian Hoe ada pergi satu majlis pertandingan Ratu Separuh Bogel..?? Adakah ini pertandingan ada kena mengena dengan tugas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Mungkin ini sebablah UMNO Taiping@Mali banyak suka sama ini nyonya Tan Lian Hoe,sebab kalau ini nyonya Tan Lian Hoe kalau ada boleh menang kerusi Taiping....itu pertandingan Ratu Separuh Bogel boleh bikin Taiping...dekat itu lake garden...maaa....hahaha...
Calon UMNO BN Taiping : Ini nyonya Tan Lian Hoe (Baju Merah)
banyak suka jalan sama Zambry anak Kadi
r..
turut suka bakal calon Kemunting, Shalimin.
 
Calon Taiping UMNO BN Taiping: Ini nyonya Tan Lian Hoe banyak suka  dengan  majlis
Ratu Separuh Bogel... UMNO Taiping tunggu ini prorgram buat kat Taman Tasek
Wah..!!! banyaknya ratu separuh bogel bergambar sama ini nyonya Tan Lian Hoe
TaipingMali@Cikgu Najimy banyak khusuk berdoa diprogram 
bersama ini nyonya Tan Lian Hoe kat 
Taman Tasek baru-baru ini...haha..


Rabu, 30 Januari 2013

Ustaz Kazim dijemput UMNO untuk berceramah Politik Perdana di Selama Perak


Sejak namanya disebut-sebut bakal jadi calon PRU akan datang, semakin galak mengila sasau Ust Kazim naik pentas ceramah  tajaan UMNO, dulu kata-nya tak moh (tak mau) terlibat dengan pentas politik,cuma nak cakap pasal Islam saja,tapi dalam dok kata tak mau sentuh politik selalunya auta Kazim saja,dia balun juga cakap politik.

Sekarang ni banyak tergantung banner-banner muka Kazim kat kawasan Larut,konon-nya ceramah Perdana pada 2hb ni...tapi hakikatnya ialah Ceramah Politik Perdana sebab memang sah dianjurkan oleh UMNO kat sini.

Ramai orang kat sekitar Sungai Tapah dan Sungai Bayor Selama kata Ceramah Kazim ni semata-mata nak balas balik ceramah-ceramah yang dibuat oleh PAS yang ahlinya ramai disini.

Memang betoi pun....dah banyak kali aku dan member dok skodeng ceramah Kazim ni, dari apa yang dok dengar memang Kazim ni bersifat terlalu pro pada UMNO nampak amat jelas..dia cuba nak selindung-selindung,tapi selalunya kantoi...haha....

Kemungkinan sebab dah terbayang nak jadi YB UMNO sebab khabarnya MB Haram Perak Zambry Kadir pun ada mengharapkan Kazim ni bertanding dalam PRU akan datang.

Maklumat terbaru yang panas mengatakan tembelang Kazim sekarang sudah pecah di Kedah, kalau dulu jadual kuliah Kazim dibeberapa masjid kat  Kedah memang penuh jadualnya.

Khabarnya setiap bulan Kazim ke Kedah untuk Kedah,tapi sekarang semua masjid di Kedah sudah membatalkan kuliah-nya disebab kuliah-nya banyak menghentam Pakatan Rakyat dan membodek UMNO BN.

"Tuan-tuan semua pegi masjid untuk sembahyang...tuan-tuan hanya tau pegi saja masjid,tahu tak siapa yang buat masjid-masjid yang besar-besar dan yang cantik ini,semuanya tu Kerajaan yang dok Putrajaya buat...bla...bla..bla..." - inilah ayat wajib dari mulut Ust Kazim dalam membodek UMNO BN dalam siri kuliahnya dimana-mana masjid termasuk di Kedah.

Nak jadi cerita... Sebuah masjid di Kedah sudah hantar surat rasmi menegur cara Kazim memberi kuliah, tapi dah memang perangai hipokrik UMNO dah sebati dalam diri Kazim, beliau dikatakan memutar belit cerita disebuah masjid lain dinegeri Kedah juga ketika memberi kuliah,konon-nya ada orang kat satu masjid hantar "Surat Layang" mempertikaikan caranya menyampai kuliah. Katanya "Orang yang hantar surat layang ni penakut,tak bermoral..bla...bla..bla...".

Allah Maha Kuasa... Dalam dok sedap Kazim membalun konon-nya terima surat layang tersebut,rupa-rupanya kat depan Kazim ialan individu dari AJK masjid yang hantar surat tersebut. "Kalau surat layang...mana ada nama dan alamat pengirim, kami yang buat surat tu..itu surat rasmi bukan surat layang" - Balas AJK masjid tersebut.

Kejadian ini telah membuatkan Kazim membatalkan semua kuliahnya di Kedah,kerana tahu tembelang kaki putar alam-nya dah terbongkar.'

Ada sumber juga mengatakan Kazim sekarang dok merayu nak minta disambung semula kuliah dibeberapa masjid kat Selangor yang dikatakan menghentikan menjemputnya...apa sebabnya pun aku tak tahu,mungkin sebab yang sama juga.

Lepas ni Kazim hanya kuliah di sekitar Perak saja la...itupun atas jemputan UMNO saja.....hahaha....

Sabtu, 3 November 2012

Ketua UMNO Bahagian Taiping di ketawakan Ketua Bahagian seluruh Perak


Al-kisah  2 hari lepas satu mesyuarat bulanan Perhubungan UMNO negeri Perak dah berlansung di bangunan UMNO  Ipoh Perak…biasa la UMNO mesyuarat memang berkali-kali,sebab ada metting ada masyuk untuk poket sendiri…tapi apa yang di mesyuaratkan perlaksanaanya habuk pun tarak.

Dalam mesyuarat ini dikatakan para ketua-ketua bahagian UMNO membawa dokumen berkaitan laporan aktiviti dibahagian masing-masing untuk dipersembahkan kepada pengerusi mesyuarat memanda Menteri Besar Perak yang tidak halal.

Sebanyak 24 laporan aktiviti  Zamry terima…Sorang demi sorang Ketua UMNO Bahagian memberi laporan tersebut dengan pelbagai gaya persembahan,ada yang gaya bodek,ada yang gaya tiada syahwat dan sebagainya.

Menurut sumber  diantara bahagian UMNO yang dikatakan paling banyak aktiviti ialah dari YB Rosli dari DUN Terong,sampai naik boring para ketua-ketua Bahagian lain dengar YB Rosli terong  merepet-repet baca laporan,maklumlah YB Rosli sekarang terumbang-ambing  di Terong dalam isu calon PRU, bikin laporan hebat-hebat la….tapi auta saja semua tu..…hehehe…

Tapi malang  bagi Ketua UMNO Bahagian Taiping Datuk Hj Shalimin yang dikatakan membawa laporan aktiviti yang paling terendah jumlah aktiviti dalam bahagian,khabarnya hanya 2 ke 3 program saja yang dilaporan Shalimin dalam laporan tersebut.

Menurut sumber lagi berikutan  kelemahan dan kekurangan dari  laporan jumlah aktiviti  Shalimin ini,telah dijadikan bahan ketawa,sindir menyindir antara ketua bahagian selepas selesai mesyuarat .

Persoalanya sekarang kenapa keadaan ini berlaku..?? Adakah sabotaj terhadap Ketua UMNO Bahagian Taiping masih berlarutan berikutan permainan politik nak jatuhkannya oleh orang-orang UMNO diTaiping..?

Benarkah Shalimin tiada aktif dalam membuat  program  di Taiping??

Tapi aku tengok ada aktiviti Shalimin di Taiping,tak percaya tengok sini .

Adakah orang-orang disekeliling Shalimin sendiri yang berkomplot nak humban-nya keluar dari UMNO Taiping…?

Usaha jatuh menjatuhkan dikalangan pemimpin UMNO sendiri memang biasa sesangat…jadi wajarlah UMNO di singkirkan dari peta politik tanahair ini.

Kelihatan ketua-ketua UMNO bahagian dok bergelak ketawakan Shalimin diluar bangunan UMNO Perak...
korang nak tumpang gelak pun boleh.....hahahaha...



Khamis, 18 Oktober 2012

NAJ1B – Slogan bodoh kata seorang guru


“Gagasan NAJ1B”
Najib lancarkan NAJ1B.....??? 
Negeri Aman Jaya 1 Bersatu.....slogan apa ni..???
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan “Gagasan NAJ1B”  sebagai kesinambungan Gagasan Aman Jaya cetusan idea Menteri Besar Perak yang dipraktikkan dalam pentadbiran kerajaan negeri hari ini di Manjung Lumut Perak.
Inilah ideal membodek yang paling nampak tak cerdik (senang cakap bodoh la…hehehe…) kata seorang guru yang masih mengajar di sebuah sekolah di Taiping. 
Guru tersebut yang juga salah seorang yang turut serta dalam majlis Jamuan Janji Ditepati di Lumut hari ini berasa hairan dengan slogan tersebut yang banyak mengelirukan dari segi bahasa dan maksudnya.
Sebelum ini  Zambry Abd Kadir riuh dengan slogan “Tiada Tertinggal Tiada Terpinggir”,namun ianya hanya indah slogan dari kenyataan sebenar,masih banyak terpinggir dan tertinggal dari perhatian kerajaan UMNO BN yang memerintah Perak hasil rampasan kuasa secara haram.
Orgni: NAJ1B = Negeri  Akan Jahanam BudayaUmno….hehehe….

Zambry membodek habis-habisan....hehehe...

"Tiada tertinggal,tiada terpinggir" Slogan  ibarat burung gagak dicelup tepung tidak akan menjadi putih..hehe..