Pengikut

Memaparkan catatan dengan label MPT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MPT. Papar semua catatan

Isnin, 10 Februari 2014

ISU ROBOH PAGAR MPT: UMNO Taiping amat kecewa dengan program Najib di-kangkungkan

Program yang gagal bagi UMNO BN Taiping dan juga BN keseluruhanya
Tanggal malam 8 Februari 2014 sehari selepas Chop Goh Meh...Bandar Taiping bergema bunyi Kung kang kung kang bunyi letupan mercun dibakar di perkarangan bangunan Majlis Perbandaran Taiping (MPT) kerana menyambut Najib PM Kangkung bagi merasmikan majlis sambutan tahun baru cina...entah peringkat apa_aku pun tak tau.

Oleh kerana Najib Kangkung datang Taiping...maka persiapan-nya amat hebat,sehebat suburnya kangkung dilombong tinggal..dah tentu bas-bas akan digunakan untuk memunggah dan mengupah para penyokong disediakan....apapun sila baca luahan seorang guru yang juga blogger UMNO yang tersuhurrrrr di Taiping...

Menurut sumber dari blog pro UMNO Munafikun di Taiping (Blog Cikgu Najmi merangkap ketua UMNO Cawangan Kg Expo ataupun TaipingMali seperti gambar diatas..) mengatakan sehingga pagar konkrit Pejabat Daerah Taiping terpaksa dirobohkan untuk memboleh kawasan Pejabat Daerah dan MPT di jadikan venue sambutan majlis peringkat kebangsaan.

Wahh..!!! Hebatnya program kankung ini...pagar MPT pun dirobohkan...????

Hebat hanya pada nama saja khabarnya...semua-nya ibarat kangkung layu atau kangkung dimakan ulat_apa tidaknya..."Sewaktu majlis berjalan sebelum Najib berucap, meja-meja banyak sudah kosong kerana tetamu cina ramai yang sudah pulang, di sepanjang jalan seperti Jalan Tamingsari kelihatan tidak ada kesesakan langsung" - menurut sumber blog UMNO Munafikun TaipingMali.

Tambah memilukan adalah kaum yang hadir bukan dari bangsa cina yang ramai...tapi melayu yang ramai,makna-nya melayu ketuanan UMNO saja yang ramai....hahaha....

Kesian...hahaha....Tak berbaloi hingga pagar bangunan MPT dirobohkan tapi langsung tak capai sasaran yeee....hahaha....

Apapun jom lihat gambar-gambar berkaitan isu yang aku dapat dari kawan yang berada di Taiping Bandar Warisan...
Gambar diatas sekali adalah bangunan MPT masih berpagar dan yang dibawahnya pagar dah dirobohkan kerana program CNY yang dihadiri Najib Kangkung. ...pagar yang tinggal hanya sedikit disebelah tepi..amat melucukan,ada gerbang pintu pagar tapi tiada berpagar....hahaha....
Lihatlah melayu-melayu UMNO yang merempat makan ditepi-tepi khemah semasa majlis tersebut...janji dapat makan free dan sedikit wang upah,itulah budaya UMNO...
Sedangkan cina MCA dan GERAKAN dapat makan dibawah khemah VIP yang disediakan,muka melayu hanya sorang dua saja,itupun mungkin anakberanak orang kuat UMNO saja dan yang lain merempat makan tepi-tepi khemah,longkang dan celah pokok...
Haaaa.......baca tengok komen dari penyokong UMNO yang marah dengan cina sebab tak ramai hadir sedangkan melayu UMNO yang ramai....hahaha...

Rabu, 30 Januari 2013

Berita Baik untuk orang Taiping: Padang Esplaned diwartakan sebagai kawasan perhimpunan aman

Selepas ini tak perlulah lagi mana-mana Pertubuhan,Persatuan atau Parti Politik di sekitar Taiping nak mencari-cari lokasi untuk nak buat apa-apa perhimpunan ( Perhimpunan Aman), sebab rupa-rupanya Padang Esplaned  bersebelahan Bangunan Majlis Perbandaran Taiping ( MPT ) telah di-Gazette ( Warta) sebagai lokasi perhimpunan aman atau apa-apa tujuan untuk rakyat berhimpun.

Perkara ini disahkan oleh Yang Di-Pertua PAS Taiping Ust Fakharuddin selepas bertemu dengan OCPD Taiping Tuan Yusof Mat Diah pada 29 Jan 2013 semalam.

Ust Fakharuddin serta beberapa wakil NGO telah dipanggil untuk memberi keterangan berikutan berlaku bantahan dengan 14 laporan Polis telah  dibuat kerana sebuah majlis. ( Majlis Memperingati Mat Indera 60 tahun Di Tali Gantung )
Akhirnya majlis tersebut dibenakna untuk diteruskan dengan mengubah lokasi asalnya di kawasan Pasar Malam Kemunting ke Balai Islam Bukit Jana.

"Dalam sessi memberi keterangan ini OCPD Taiping Tuan Yusof Mat Diah telah memberi tahu bahawa Padang Espelaned boleh diguna pakai bagi tujuan perhimpunan aman bagi mana-mana pertubuhan dan sebagainya dengan membuat permohonan kepada pihak berkaitan seperti MPT dan sebagainya 10 hari sebelum sesuatu acara atau perhimpunan dilakukan"- ujar Ust Fakharuddin.

Pihak PAS Taiping menyambut baik berita ini dan akan mengunakan kemudahan yang disediakan serta yang dijanjikan dengan sebaik-baiknya sekiranya mengunakan Padang Esplaned dimasa akan datang.