Pengikut

Rabu, 30 Januari 2013

Berita Baik untuk orang Taiping: Padang Esplaned diwartakan sebagai kawasan perhimpunan aman

Selepas ini tak perlulah lagi mana-mana Pertubuhan,Persatuan atau Parti Politik di sekitar Taiping nak mencari-cari lokasi untuk nak buat apa-apa perhimpunan ( Perhimpunan Aman), sebab rupa-rupanya Padang Esplaned  bersebelahan Bangunan Majlis Perbandaran Taiping ( MPT ) telah di-Gazette ( Warta) sebagai lokasi perhimpunan aman atau apa-apa tujuan untuk rakyat berhimpun.

Perkara ini disahkan oleh Yang Di-Pertua PAS Taiping Ust Fakharuddin selepas bertemu dengan OCPD Taiping Tuan Yusof Mat Diah pada 29 Jan 2013 semalam.

Ust Fakharuddin serta beberapa wakil NGO telah dipanggil untuk memberi keterangan berikutan berlaku bantahan dengan 14 laporan Polis telah  dibuat kerana sebuah majlis. ( Majlis Memperingati Mat Indera 60 tahun Di Tali Gantung )
Akhirnya majlis tersebut dibenakna untuk diteruskan dengan mengubah lokasi asalnya di kawasan Pasar Malam Kemunting ke Balai Islam Bukit Jana.

"Dalam sessi memberi keterangan ini OCPD Taiping Tuan Yusof Mat Diah telah memberi tahu bahawa Padang Espelaned boleh diguna pakai bagi tujuan perhimpunan aman bagi mana-mana pertubuhan dan sebagainya dengan membuat permohonan kepada pihak berkaitan seperti MPT dan sebagainya 10 hari sebelum sesuatu acara atau perhimpunan dilakukan"- ujar Ust Fakharuddin.

Pihak PAS Taiping menyambut baik berita ini dan akan mengunakan kemudahan yang disediakan serta yang dijanjikan dengan sebaik-baiknya sekiranya mengunakan Padang Esplaned dimasa akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan