Mmmmm...Dah elok dah media massa mewar-warkan supaya setiap masjid diseluruh negara melaksanakan solat hajat...tiba-tiba nak berbomoh pula...!!
Sekarang dilaman-laman sosial seperti facebook ramai yang mengkritik amalan khurafat tersebut,macam-macam jenis sindiran membelasah Raja Bomoh...hahaha....
Berikut sebahagian gambar-gambar sindiran terhadap Raja Bomoh:
 |
| Dr Maza turun menegur.. |
....................
Muncul di KLIA petang semalam yang mendakwa dirinya Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP, Ibrahim Mat Zin. Difahamkan dijemput seorang pegawai tertinggi negara, lapor Bernama.
Dilaporkan berpengalaman lebih 50 tahun. Dengan upacara yang dilakukan selama 30 minit, beliau mendapat alamat bahawa kesemua penumpang pesawat terbabit dipercayai masih berada dalam keadaan selamat di satu lokasi tertentu terletak antara Laut China Selatan, Filipina dan sebuah negara asing bla..bla..bla....
"Saya nampak pesawat itu masih tergantung di ruang udara, di tengah -tengah ketiga-tiga lokasi bla..bla...bla..
Kemudian...
Upacara ritual dengan menggunakan peralatan khas iaitu teropong buluh serta bubu mata pancing sebagai simbolik untuk memperoleh alamat terkini berhubung keadaan pesawat terbabit..
Bubu mata pancing terbabit sebagai simbolik penjara di mana pesawat itu dipercayai berada dalam cengkaman pihak tertentu atau ditawan di alam bunian,kata tok bomoh tersebut.
"Kita gunakan teropong sebagai simbolik meminta anasir-anasir terbabit untuk membebaskan pesawat terbabit secepat mungkin.
"Upacara yang kita buat turut menggunakan ayat-ayat suci al-Quran iaitu surah Nabi Yunus dan surah Yassin,"katanya.
Bomoh yang mendakwa pernah menampar buaya tembaga sehingga mati itu, selain upacara terbabit, seramai 100,000 ahli Persatuan Silat Gayung Ghaib dan Selendang Merah turut melakukan solat hajat serta berdoa semoga pesawat yang hilang ditemui dalam minggu ini.
Pihaknya sudah melakukan perkara yang sepatutnya dilakukan dan selebihnya terserah kepada Allah SWT, kata lagi.
Sebelum ini Ibrahim mendakwa pernah terlibat dalam membuat ramalan untuk kes antaranya berkaitan kes tragedi Highland Tower serta membatalkan ilmu hitam Mona Fendy agar hakim dapat menjalankan tugas di Mahkamah Temerloh, Pahang.