Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Unit Amal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Unit Amal. Papar semua catatan

Jumaat, 15 Mac 2013

Cabar..!!! "Jika berani sila lah turun" - Unit Amal Bukit Gantang Buat Laporan Polis

Laporan Polis dari Unit Amal Bukit Gantang
 16 Mac 2013: Bukit Gantang -- Berikutan penulisan sebuah artikal dari laman portal Perak Today  bertarikh15 Mac 2013 bertajuk " 61 Laporan Polis Membantah Kehadiran Anwar Ke Kemunting" yang boleh diklafikasikan sebagai ugutan dan fitnah jahat terhadap Unit Amal bagi Kawasan Bukit Gantang,maka pada petang semalam 15 Mac 2013 satu laporan Polis telah dibuat di Balai Polis Simpang Taiping Perak .

Sdr Zainuddin B. Zainon (Gambar Kecil) selaku Komandan Unit Amal Bukit Gantang bersama beberapa anggota Unit Amal telah ke Balai Polis Simpang bagi tujuan tersebut.

"Saya amat hairan dan pelik dengan ugutan dan fitnah jahat dari mereka yang membuat tuduhan mengatakan Unit Amal akan dicabar sekira hadir dalam program DSAI di Kemunting dengan mengatakan "Jika berani sila lah turun",sedangkan Unit Amal Bukit Gantang tidak terlibat langsung dengan program yang mereka bantah,maka saya rasa bertanggunjawap untuk membuat laporan polis kerana perkara ini serius" - Ujar Zainuddin.

Zainuddin juga menjelaskan bahawa Unit Amal bukanlah kumpulan samseng,ianya adalah sebuah organisasi yang ditubuhkan untuk kerja-kerja amal bagi semua pihak, cabar mencabar yang dilakukan pihak tidak bertanggungjawap amat dikesali. Penugasan anggota Unit Amal dalam menjaga keselamatan dalam sesuatu program dilakukan dengan niat iklas bukan mencetuskan huru-hara sepertimana yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawap. 
"Tindakan undang-undang susulan terhadap penulis artikal tersebut  mungkin kita (Unit Amal) akan ambil sekira perlu dalam masa terdekat" - Ujar Zainuddin lagi.



Khamis, 14 Mac 2013

Bantah Kehadiran DSAI: Unit Amal Bukit Gantang Dicabar..!!! Jika berani sila lah turun.....

Klik imej untuk lebih jelas
Sejumlah 61 laporan polis telah dibuat pada malam ini di IPD Taiping dan Balai Polis Kamunting.  Laporan ini dibuat sebagai membantah akan kehadiran Anwar Ibrahim ke Surau Diri Jumaat Surau Istiqlal Taman Mewah Fasa II. Kamunting Perak, kawasan Parlimen Bukit Gantang.  Anwar dijadual akan menyampaikan tazkirah politik di surau tersebut selepas solat maghrib 15 Mac 2013 (Jumaat).

61 repot telah dibuat oleh pelbagai NGO sekitar Taiping dan Bukit Gantang, mereka terdiri daripada Pertubuhan Perkasa Taiping dan Bukit Gantang, Pertubuhan Belia dan pelbagai kelab-kelab yang berdaftar dengan ROS.

Penduduk Taman Mewah dan tidak mahu menerima kedatangan seorang pengkhianat negara,agama dan bangsa untuk menabur berita dusta kepada penduduk Taman Mewah.

Menurut seorang pemuda yang membuat laporan tadi memberi amaran kepada Anwar supaya tidak turun ke Taman Mewah, sekiranya berdegil beliau dan rakan-rakannya akan bertindak terhadap rombongan Anwar seperti mana yang dilakukan oleh penduduk di beberapa negeri lain. Jika Pas menurunkan Unit Amal  100 orang. beliau akan membawa 200 orang untuk berdepan dengan rombongan peliwat tersebut. Sebarang kemungkinan akan berlaku dan kali ini akan melibatkan bekas-bekas tentera yang berada di sekitar Taiping.

Jika berani sila lah turun. Beberapa Ngo India juga akan turut hadir untuk membantah kehadiran Anwar petang esok.- Sumber sila klik sini: http://peraktoday.com/?p=110714

........................
Orangni: Mereka buat laporan polis konon-nya membantah kehadiran DSAI tapi satu UGUTAN,HASUTAN DAN PENCETUS HURU -HARA telah dilontarkan oleh pihak UMNO BN..."Jika berani sila lah turun". apa tindakan Unit Amal Bukit Gantang dan PDRM dalam isu ini...????