Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Pemuda PAS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pemuda PAS. Papar semua catatan

Khamis, 14 Mac 2013

Bantah Kehadiran DSAI: Unit Amal Bukit Gantang Dicabar..!!! Jika berani sila lah turun.....

Klik imej untuk lebih jelas
Sejumlah 61 laporan polis telah dibuat pada malam ini di IPD Taiping dan Balai Polis Kamunting.  Laporan ini dibuat sebagai membantah akan kehadiran Anwar Ibrahim ke Surau Diri Jumaat Surau Istiqlal Taman Mewah Fasa II. Kamunting Perak, kawasan Parlimen Bukit Gantang.  Anwar dijadual akan menyampaikan tazkirah politik di surau tersebut selepas solat maghrib 15 Mac 2013 (Jumaat).

61 repot telah dibuat oleh pelbagai NGO sekitar Taiping dan Bukit Gantang, mereka terdiri daripada Pertubuhan Perkasa Taiping dan Bukit Gantang, Pertubuhan Belia dan pelbagai kelab-kelab yang berdaftar dengan ROS.

Penduduk Taman Mewah dan tidak mahu menerima kedatangan seorang pengkhianat negara,agama dan bangsa untuk menabur berita dusta kepada penduduk Taman Mewah.

Menurut seorang pemuda yang membuat laporan tadi memberi amaran kepada Anwar supaya tidak turun ke Taman Mewah, sekiranya berdegil beliau dan rakan-rakannya akan bertindak terhadap rombongan Anwar seperti mana yang dilakukan oleh penduduk di beberapa negeri lain. Jika Pas menurunkan Unit Amal  100 orang. beliau akan membawa 200 orang untuk berdepan dengan rombongan peliwat tersebut. Sebarang kemungkinan akan berlaku dan kali ini akan melibatkan bekas-bekas tentera yang berada di sekitar Taiping.

Jika berani sila lah turun. Beberapa Ngo India juga akan turut hadir untuk membantah kehadiran Anwar petang esok.- Sumber sila klik sini: http://peraktoday.com/?p=110714

........................
Orangni: Mereka buat laporan polis konon-nya membantah kehadiran DSAI tapi satu UGUTAN,HASUTAN DAN PENCETUS HURU -HARA telah dilontarkan oleh pihak UMNO BN..."Jika berani sila lah turun". apa tindakan Unit Amal Bukit Gantang dan PDRM dalam isu ini...????

Ahad, 10 Mac 2013

Video Konvoi : Dah Lama Orang Selama Perak Bersemangat Nanti PRU-13


Konvoi dari anak muda dan berbagai lapisan masyarakat di Selama Perak adalah satu kehebatan yang tersendiri bagi penduduk di-sini, semua ini berlaku kerana kebangkitan rakyat dari berbagai bangsa di DUN Selama,Batu Kurau dan Kubu Gajah yang berada di Parlimen Larut Perak.

Sebut saja konvoi anjuran PAS Larut, maka berduyun-duyunlah masyarakat disini akan datang menyertainya. Mereka tidak diupah seperti yang dilakukan oleh konvoi anjuran UMNO BN. Mereka datang dengan rela hati bagi menunjuk-kan sokongan terhadapa Pakatan Rakyat.

Jom layan klip video 6:00 konvoi PAS Selama yang terbaru..!!!
Orangni: Syabas kepada semua orang-orang Larut....

Rabu, 6 Mac 2013

Dewan Di Ceroboh dan Jalur Gemilang Di Terbalikan

Dewan Orang Ramai Kg Expo Kemunting Taiping jadi mangsa UMNO Chivas..!!
Petang semalam dapat tengok Jalur Gemilang di Malangkan oleh UMNO Chivas12 Kemunting...

Sudah la Dewan Orang Ramai diceroboh untu dipergunakan secara haram untuk tujuan politik bahlol UMNO di Kemunting Taiping...Bendera Malaysia pun dipasang terbalik, apa punya biol puak UMNO Chivas12 Kemunting..!!!


ADUN Kemunting YB Zahir tak boleh disalahkan...sebab dia ni YB untuk tujuan koperat saja...urusan bisnes boleh jumpa YB Zahir,kalau isu pasang bendera terbalik...sorry..!!! YB Zahir bo..layan..


Tapi....kenapa  Cikgu Najmi B Awang tak ajar cara-cara yang betoi pasang bendera....???

Psss....mungkin Cikgu Najmi B Awang sibuk dengan blog-nya TaipingMali TaipingMalu....mana ada masa nak ajar walaupun kejadian pasang bendera terbalik ni tak jauh dari rumahnya...hahaha.....

Kalaulah kat pejabat kepunyaan PAS,PKR atau DAP pasang bendera terbalik.....mau jadi sewel UMNO Taiping mainkan isu ini...hahaha....


Sabtu, 20 Oktober 2012

Chua Soi Lek jadi bodoh dan biadap kerana pesanan ringkas SMS

SHAH ALAM – Pemuda Pas mendesak Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memohon maaf kepada seluruh rakyat di negara ini kerana mengeluarkan kenyataan tidak berasas mengenai hudud.

Ketuanya, Nasrudin Hassan bimbang kenyataan Soi Lek bahawa pelaksanaan hudud akan menjejaskan 1.2 juta peluang pekerjaan di sektor perkhidmatan dan pelancongan, boleh mencetuskan keresahan rakyat terhadap Islam.

Menurutnya, orang Islam wajib menerima hukum hudud, manakala bukan Islam pula tidak perlu bimbang mengenai pelaksanaannya kerana ia tidak dikenakan ke atas mereka.

“Sehingga kini, belum ada kritikan daripada pemimpin Umno mengenai kenyataan Soi Lek. Saya berharap mufti membuat teguran kepada beliau.

“Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam dan Melayu perlu bersatu menolak penghinaan yang dilakukan Soi Lek,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Nasrudin berkata, kenyataan Soi Lek mengenai hudud itu melucukan dan tidak masuk akal kerana beliau bersandarkan kepada khidmat pesanan ringkas (SMS) yang diterima daripada individu tidak dikenali.

Nasrudin juga turut mempersoalkan tindakan Soi Lek itu.

Katanya, sebagai pemimpin sebuah parti besar dalam komponen Barisan Nasional, tindakan Soi Lek itu tidak profesional dan memalukan.- Sinar



Orgni: Betapa bodoh bahlolnya pemimpin tertinggi MCA ini...hanya sekadar kerana terima  SMS  saja pun  boleh menyebabkan keluar kenyataan yang menyakitkan hati dan perasaan umat Islam dinegara ini.

Kerana SMS pun boleh terpengaruh..bolo..bolo.bolo...punya olang......hahaha... 

Persoalannya sekarang...siapa gerangan yang kirim SMS tu kat Soi Lek...???


Sekadar tatapan untuk fikir...hehehe..