Pengikut

Ahad, 27 Februari 2011

RON setakat ini boleh tahan - Ismail Sabri Yaakob


NADA-NADA MERDU YANG SELALU DIDENDANGKAN OLEH PEMIMPIN UMNO BN SEBELUM ATAU SEMASA BERLANSUNG-NYA PRK....SEJARAH TERDEKAT MENGENAI DENDANGAN MERDU MERDU INI IALAH APA YANG BERLAKU DI TENANG....
SEBAIK SAJA SPR UMUMKAN KEPUTUSAN..MEDIA MASSA ARUS PERDANA PUN MENGELUARKAN KENYATAAN TENTANG RON YANG SANGAT MERDU DIDENGAR OLEH SEMUA RAKYAT...

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengekalkan harga semasa bagi RON 95 pada kadar RM1.90 dan diesel pada RM1.80 meskipun harga minyak dunia semakin meningkat, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (gambar) kecil) semalam.Menurut beliau, berikutan itu kerajaan sedang dalam perbincangan dengan Kementerian Kewangan untuk mencari alternatif bagi menampung peningkatan harga minyak dunia itu.

"Kerajaan akan mengekalkan harga semasa dan melihat opsyen atau alternatif lain walaupun tanggungan kerajaan bertambah. "Setakat ini boleh tahan, untuk tidak naikkan harga RON 95 dan diesel," katanya selepas mengumumkan keputusan kewangan 2010 Bank Rakyat di sini.Beliau berkata, peruntukan bajet untuk subsidi tahun ini sebanyak RM10.3 bilion dan jika trend itu berterusan, ia akan mencecah RM14 bilion.- Km

.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan