Pengikut

Ahad, 27 Februari 2011

Transformasi Politik Wang Umno Jelas...


TEMERLOH - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan hampir RM10 juta bagi projek pembangunan rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau di sini.

Projek berkenaan adalah menaiktaraf pam di loji air Batu Sawar dan menggantikan paip dari Rumpun Makmur ke Kampung Kerai yang bernilai RM9.25 juta.

Selain itu, beliau turut mengumumkan projek membina dewan terbuka yang mengandungi gelanggang serbaguna bagi masyarakat Cina di Kampung Sri Kerdau bernilai RM400,000, membina kuil bagi masyarakat India (RM100,000) dan balai bomba sukarela (RM150,000).

Dalam pada itu, Perdana Menteri menegaskan, kesemua projek berkenaan bukan untuk memancing undi sebaliknya menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memberi keselesaan kepada rakyat.

"Lampu jalan, rumah kos rendah dan ini semua saya tidak mahu cakap lagi, nanti akan ada orang kata saya hendak membeli undi pula. Sebelum ini, saya pernah berjanji saya akan menjadi Perdana Menteri untuk semua kaum dan inilah buktinya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di dua majlis berasingan iaitu majlis ramah mesra bersama penduduk Batu Sawar dan ramah mesra bersama masyarakat Cina, India dan Orang Asli di Kampung Baru Kerdau di sini semalam.

Setiap kali berlaku PRK UMNO BN akan "menaburkan" segala mungkin kepada rakyat setempat.. Semua berjuta - juta lemon,berjuta-juta janji... Sikap dari pemimpin UMNO memang sudah dijangka-kan oleh seluruh warga dalam negara ini... Ada PRK adalah Projek untuk kawasan tersebut,jikalau YB kawasan tersebut sihat wal'afiat dan berumur panjang sehingga PRU menjelma maka kempunan-lah rakyat-rakyat dikawasan tersebut.. Budaya "I help You...you help me" menyerlahkan lagi ketidak adaan maruah UMNO BN dalam membela nasib rakyat.. Jika dinilaikan dengan 1sen pun...maruah UMNO BN lebih murah dari itu...Transformasi dalam masa PRK bagi UMNO BN ialah "Transformasi kearah Politik Wang".......
-( SPR menjawap dengan alasan 53tahun lepas...."Ini projek untuk rakyat yang dah terancang sebelum prk lagi....)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan