Pengikut

Selasa, 12 Jun 2012

[Panas..!!!] Orang UMNO kecewa Najib tak mahu datang DUN Terong


Kuala Sepetang,Changkat Jering dan Terong adalah 3 buah DUN didalam Parlimen Bukit Gantang. Namun dalam beberapa siri turun padang Najib dalam tahun 2012 di Bukit Gantang hanya kawasan DUN Cangkat Jering dan DUN Kuala Sepetang saja yang Najib jejaki kaki.  DUN Terong seperti terpinggir dari lawatan Najib yang juga presiden UMNO.


Dimaklumkan bahawa perkara ini mendatangkan rasa kecewa yang amat sangat buat orang Terong ,terutamanya orang-orang UMNO sendiri.Sudahlah hanya DUN Terong saja dimenangi UMNO dengan mejoriti yang rendah pada PRU12 2008 lalu dalam Parlimen Bukit Gantang. Najib dan rombangan pimpinan tertinggi UMNO dilihat seperti tidak pandang dengan DUN Terong ini,kalau nak dikirakan lokasi DUN Terong dengan jarak ADTEC yang bakal dilawati Najib pada hujung minggu ini tidaklah jauh [Klik Sini] ,tambahan pula Najib akan datang dengan Helikopter yang akan mendarat di sebuah sekolah di DUN Changkat Jering. 

Perkara ini mendatangan tanda tanya dikalangan penduduk DUN Terong,khususnya ahli-ahli UMNO disini, apa sebab Najib tak mahu ke DUN Terong..??? Jika difikirkan tentang  kesesuaian lokasi untuk jumlah kehadiran ramai dalam program Najib perkara ini bukanlah penyebabnya.Kerana banyak lokasi di DUN Terong yang sesuai seperti padang Sungai Kerang.

Seorang penduduk DUN Terong menyatakan hanya YB Rosli yang mungkin tahu apa sebabnya Najib tak mahu datang Terong atau sengaja tak mahu Najib datang Terong. YB Rosli dikatakan sekarang hilang fokus dalam politiknya kerana hilang sokongan dikalangan ahli UMNO di DUN Terong serta ada unsur-unsur mengeluarkan beliau dari bertanding sebarang kerusi di Perak. [ Klik Sini]. MB Zambry Perak juga dilihat tiada kuasa dalam percaturan politik Perak sejak memengang kuasa haram di Perak.


Padang Kg.Sungai Kerang didalam DUN Terong yang menimbulkan konterversi setempat  mengenai projek JKKK UMNO disitu membina sarang burung walit yang tingginya lebih rendah dari tiang lampu. Menurut sumber bangunan putih dibelakang pagar fustal inilah bangunan sarang burung walit projek dari UMNO Terong dengan kos yang tidak munasabah. Mungkin inilah salah satu sebab YB Rosli tak mahu Najib ke DUN Terong. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan