Pengikut

Isnin, 11 Jun 2012

ADTEC akan jadi tempat UMNO BN berpolitik basi untuk Janji ditepati,Jalan pun diturapi dan Najib datang Taiping lagi


Janji Konon-nya  Di Tepati….inilah program politik UMNO BN yang di jaja seluruh negara,lokasi mana yang  dikenal pasti sokongan terhadap UMNO BN merudum jatuh teruk maka di situlah dibuat program ini. Konon-nya nak tunjuk apa yang dijanji UMNO BN ditunaikan,sebenarnya tidak lebih dari satu program untuk  dengar kelentong Najib saja…hahaha…

Entah berapa kali kawasan sekitar Taiping dan Bukit Gantang ini di datangi Najib dalam tahun 2012…dah jemu dan meluat orang disini dengan kehadiran Raja Kelentong bermulut merah ini…kali ini dikhabarkan pada hujung minggu ini, Najib dan Rosmah akan datang lagi ke Taiping lagi.  Kali ini program “janji dikelentongi”  Najib akan berlansung  disebuah Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC).  Sebelum ini ADTEC  menumbulkan konterversi  buat MB Zambry yang mana kehadiran beliau untuk merasmikan bangunan ini di boikot pihak dalaman UMNO sendiri. Menurut sumber lain mengatakan ADTEC di Taiping sehingga kini tiada ditempatkan pelajar atau pelatih disini untuk jalani sebarang latihan. Bermakna ini salah satu projek gajah hitam di Perak.

“Janji dikelentongi” - Dengan kehadiran program berunsur politik UMNO BN dikawasan pengajian ADTEC ini menimbulkan tandanya, mengapa didalam kawasan   ADTEC  program berunsur politik diadakan. Sedangkan ADTEC adalah sebuah pusat Latihan Teknologi Tinggi dibawah Kementerian Pengajian Tinggi.

Apa yang dapat dilihat disini UMNO BN khususnya UMNO Perak semakin hilang akal dalam berpolitik,UMNO  sudah  sasau dan gila dalam agenda berpolitik,sudah tidak dihiraukan akan lokasi dan suasana keadaan untuk berpolitik. Kemungkinan padang ADTEC bakal musnah dan rosak sepertimana Padang Esplanade yang musnah kerana program UMNO BN beberapa bulan lalu.[ Klik Sini] .Mengapa  tidak digunakan stadium Perak di Ipoh..?? Sedangkan kerajaan negeri dikuasai oleh UMNO…Zambry tak ada power ke..??? haha…


Aku yakin sekitar Taiping akan dibanjiri ratus bas sewa untuk memunggah ahli penyokong bodek ampu UMNO ke ADTEC pada hujung minggu ini, sebab  UMNO hanya boleh  bernafas untuk hidup dengan memberi upah pada penyokongnya saja….tanpa upah duit poket,tanpa makan percuma dan tanpa bas sewa program UMNO akan gagal… berlainan program PR, contohnya Himpunan Hijau di Kedah 1 Jun lalu,ratus ribu hadir tanpa di-upah walau sesen dari PR.

 Jalan ke ADTEC ini terbengkalai sejak 3 tahun lalu sudah diturap hari ini kerana program UMNO BN...jelas PBT  juara bodek Najib..

 Menghairankan mengapa sebuah jambatan utama di Kg Dew yang tidak jauh dari lokasi telah kritikal retak dan rosak sudah setahun tidak dibaiki…jalan ini pula di turap dek kerana Najib datang.

 ADTEC di-dakwa masih tiada pelatih sehingga kini walaupun sudah beroperasi sekian lama


Khemah-khemah sudah didirikan untuk program Janji di kelentongi dari UMNO BN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan