Pengikut

Selasa, 31 Julai 2012

Alhamdullillah: Bob Lokman selamat jalani rawatan Angiogram

Alhamdullillah...Segala Pujian Hanya Pada Allah.

Lewat petang tadi (31 Julai 2012) aku diberitahu oleh rakan mengenai perkembangan mengenai Mohd Hakimi Lokman yang mesra aku panggil Abg Bob (Bob Lokman).

Sejurus itu aku terus cuba menghubungi Abg Bob, bagi mendapat kepastian perkara ini.

Alhamdullillah..
Beliau memaklumkan  sudah berada dikediamanya setelah dibenarkan pulang dari hospital dimana beliau menerima rawatan angiogram dan kini dinasihatkan oleh doktor supaya berehat sebentar....lepas tu boleh buat kerja untuk misi menawan Putrajaya kembali tambah Abg Bob yang suka berjenaka walaupun baru saja selesai menjalani rawatan berkaitan jantung.

Abg Bob Lokman juga tidak lupa mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang mengambil berat tentang dirinya.

Aku juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang  mendoakan untuk kesihatan dan keselamatan Abg Bob.
Semoga Abg Bob Lokman dideraskan kesembuhan dari segala penyakit, supaya dapat kembali bersama dalam wadah perjuangan Islam ditanahair ini.

Wallahualam...

-- Madzamtoklah Orangni

Tiada ulasan:

Catat Komen