Pengikut

Sabtu, 4 Ogos 2012

Janji DiTepati harga simen meningkat tinggi

Bagi menterjemahkan maksud slogan "Janji DiTepati" yang dipekik melolong UMNO BN sekarang ini,maka sekarang ini didapati harga sekampit simen dipasaran negara ini telah naik. ( kalau tak percaya...korang p la beli simen sekarang...hahaha...)

Dahulunya para pembekal simen dikedai-kedai hardware seluruh tanahair membelinya dari kilang sekampit RM17.00 dan sekarang dikatakan dinaikan RM17.75 sekampit.

Itu harga dikedai hardware RM17.75, maka harga yang bakal para pembeli terima seperti para kontrator
Kelas F yang selalu mendapatkan bahan simen pasti akan meningkat lagi harganya.

Sebab-sebab kenaikan harga bahan simen ini tidak pula diberitahu apa puncanya kenaikan ini berlaku.

Inilah penterjemahaan yang tepat bagi  slogan "Janji DiTepati" yang membebankan para pemengang lesen kontrator binaan kelas F yang mejoritinya dimiliki bumiputera.

Kesan kepada kenaikan harga simen juga pasti akan meningkatnya harga bahan-bahan lain yang mengunakan bahan simen seperti dulang longkang,bata binaa dan sebagainya, jesteru itu kos binaan juga pasti akan naik juga dinegara ini.

Inilah Janji Ditepati UMNO BN yang ditunaikan untuk membebankan seluruh rakyat Malaysia....

Tiada ulasan:

Catat Komen