Pengikut

Selasa, 7 Ogos 2012

Ayuh...!!! Hantar kad ucapan kepada tahanan ISA

KUALA LUMPUR: Bagi menjayakan kempen anti-ISA, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) menyeru rakyat yang prihatin untuk terus sama-sama menuntut pembebasan semua tahanan ISA.

Pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh, berkata selain NGO-NGO yang bernaung di bawah badan itu, orang ramai yang prihatin boleh terlibat sama dengan menghantarkan kad ucapan kepada tahanan yang masih merengkok di Kamunting."Kita telah melancarkan kempen bagi menuntut pembebasan semua tahanan, antaranya menghantar kad ucapan kepada tahanan ISA. 

Kita sasarkan sebanyak 50 000 kad ucapan dapat dihantarkan kepada tahanan bagi menunjukkan solidariti kita," tegas beliau kepada Harakahdaily, hari ini.Bagaimanapun, kata beliau kad ucapan yang berada di tangan GMI setakat ini masih belum berada di tahap 'memuaskan' untuk dihantar ke Kem Tahanan Kamunting."Kempen ini agak perlahan, mungkin dipengaruhi bulan puasa.  Yang ada di tangan, belum sampai lagi 1,000. 

Tapi kita masih meneruskan kempen ini sehingga 3 September ini," kata beliau lagi.Syed Ibrahim berkata pihaknya percaya ramai rakyat di luar sana yang inginkan pembebasan semua tahanan ISA selaras dengan pemansuhan akta tersebut, namun tidak mempunyai capaian untuk mendapatkan kad tersebut.Justeru, beliau berkata kad ucapan untuk tahanan ISA boleh didapati daripada Suara Rakyat Malaysia (Suaram) sehingga 3 Sept ini.

Mana-mana yang berminat mendapatkan kad ucapan berkenaan boleh menghubungi Suaram di talian 03-77843525 atau melalui emel righttotrial@suaram.net.Dalam pada itu, GMI juga dalam fokus memberikan kebajikan kepada keluarga-keluarga tahanan ISA, khususnya yang dibebaskan baru-baru ini.

Sumber:HD


Tiada ulasan:

Catat Ulasan