Pengikut

Rabu, 8 Ogos 2012

Zambry Kadir hebat melaram beraya sakan dengan 3 buah kereta mewah mencecah RM 350,000?

Tiada Terpinggir Tiada Tertinggal....memang benar,betul dan tepat slogan yang dilaungkan Zambry MB Mahkamah di Perak. Semuanya membawa maksud UMNO BN sentiasa tidak terpinggir dalam mengejar glamour kebendaan dan tiada tertinggal sesen pun dalam menghabiskan harta dan duit rakyat selagi ada kuasa.

Apa tidaknya.....
Khabarnya kerajaan Perak dibawah Zambry Kadir telah membeli tiga buah kereta ‘Nissan Fuga Hybrid’ untuk kegunaan rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri baru-baru ini.

Aku rasa ini semua kes nak bergaya dimusim perayaan,ditaruh la nama itu ini yang guna kereta mewah ni...hakikatnya Zambry yang bergaya.....hahaha...

Apapun timbul persoalan juga mengenai adakah Kerajaan Perak dibawah  Zambry Kadir ‘patriotik’ atau tidak, Jika isu pembelian kereta rasmi kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin dahulu dikatakan tidak ‘patriotik’ kerana telah membeli 16 buah ‘Toyota Camry’ dengan kos sebanyak RM 167,000 sebuah ketika itu.

Dilaporkan model Nissan tersebut, iaitu Infiniti M25 – 2.5-litre V6 / 7-speed automatic yang mencecah RM 350,000 sebuah...adakah harga semahal ini menepati slogan Janji Ditepati? Sedangkan masih terlalu ramai rakyat di Perak yang hidup dhaif, pemimpin UMNO BN macam sentiasa dahagakan kemewahan hasil duit rakyat sendiri. Inilah janji dicapati UMNO BN...

Semata-mata nak glamour nak melaram beraya dengan kereta mewah,Zambry sangguh pinggirkan kesederhanaan, Wasathiyah la konon...hahaha...

Gambar dibawah: Inilah model kereta buat Zambry melaram beraya nanti...warna hitam matelik tiada kena mengena dengan beliau...hahaha...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan