Pengikut

Sabtu, 11 Ogos 2012

PAS Bukit Gantang bershopping raya sakan untuk 21 anak yatim

Yahya Sedik
12 Ogos 2012 ~ Bukit Gantang Perak: "Ini bukanlah kali pertama PAS Cawangan  kampung Pak Dollah didalam Parlimen Bukit Gantang mengajurkan program membeli pakaian kepada anak-anak yatim bagi menyambut hari raya yang bakal tiba" Ujar Yahya B. Sedik 44, Ketua Cawangan PAS Kg. Pak Dollah ketika ditemui dipasaraya Gaint Kemunting Taiping disini.

Setiap tahun didalam bulan ramadan PAS Cawangan Pak Dollah dengan kerjasama PAS Cawangan Kurnia Jaya akan mengadakan program sebegini bagi membantu anak-anak yatim yang kesemuanya dari penduduk sekitar cawangan dan kali anak-anak yatim dari  kampung Rahmat dan kampung kurnia Jaya bertuah kerana diberi sumbangan berupa duit untuk membeli pakaian untuk menyambut hari raya.

Seramai 21 orang anak-anak yatim diberi RM100 untuk dibelanjakan dalam program ini,bagi yang berbelanja kurang dari jumlah tersebut,bakinya akan diberikan juga sebagai duit raya.

Ust Nordin
Yang DiPertua PAS Bukit Gantang Ustaz Nordin Jaafar yang mewakili Kawasan Parlimen Bukit Gantang mengucapkan tahniah kepada PAS Cawangan yang berjaya menganjurkan serta terima kasih kepada para penderma yang terdiri dikalangan ahli PAS sendiri bagi menjayakan program ini. " Program membantu anak yatim sebegini sedikit sebanyak dapat menceriakan mereka yang kurang bernasib baik bagi menyambut hari lebaran". - Ujar Ust Nordin.

Leman Raja Lawak
Program ini juga menerima kejutan buat anak-anak yatim apabila kemunculan selebriti Astro Leman Raja Lawak 5 di Pasaraya. Leman  yang kebetulan mempunyai program  berlainan di sekitar Taiping dan Bukit Gantang pada semalam telah ke program ini untuk bertemu dengan anak-anak yatim. 







Bergambar sebelum bershoping...
Leman Raja Lawak dan Sdr Sedik melayan salah seorang anak yatim membeli seluar raya 
Pilih..pilih...
YDP PAS Bukit Gantang pun bersama pilih baju raya untuk anak yatim


Pihak pasaraya Gaint juga menyampaikan sumbangan buat semua anak yatim

Wajah ceria terpancar dimuka akan yatim setelah selesai membeli pakaian raya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan