Pengikut

Ahad, 17 Mac 2013

5, 000 Warga Nepal berdemo di Muar Johor

 Gambar Hiasan: 7 Feb 2013 lalu  kira-kira 1,200 pekerja warga Nepal merusuh, termasuk merosakkan harta benda di Apartmen Ceria Heights, Taman Bukit Cheras
MUAR 17 Mac - Polis Muar berjaya menggagalkan cubaan lebih 5,000 pekerja asing Nepal mengadakan tunjuk perasaan di tengah bandar ini tengah hari tadi setelah mereka mendapat maklumat awal berkaitan perkara itu. 

Ketua Polis Daerah Muar ACP Mohd Nasir Ramli berkata kejayaan itu berikutan kecekapan polis yang berjaya mencegah mereka berkumpul sejak awal pagi di depan sebuah pasar raya di Jalan Ali di sini. 

"Kita telah menahan 106 orang, termasuk mereka yang dipercayai dalang yang merancang perhimpunan itu, untuk disoal siasat sehingga 1 petang ini," katanya kepada pemberita

Beliau berkata pihaknya menerima maklumat berkaitan rancangan pekerja asing itu untuk mengadakan tunjuk perasaan di kawasan tumpuan ramai pada kira-kira 11 pagi sebagai membantah kegagalan majikan membayar mereka mengikut skim gaji minimum yang diputuskan kerajaan. 

Sehubungan itu, Mohd Nasir berkata beliau mengarahkan anggota polis menjalankan rondaan di bandar ini dan melakukan pemeriksaan ke atas warga Nepal yang disyaki mahu berkumpul di kawasan berkenaan.

"Kita telah menahan sebahagian daripada mereka, termasuk yang didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan sah, untuk siasatan lanjut," katanya. 

Beliau berkata sepasukan polis antirusuhan juga diarah bersedia dengan kenderaan, termasuk meriam air, untuk berdepan sebarang kemungkinan. 

Mohd Nasir berkata keadaan di bandar diraja itu setakat ini terkawal, dan tindakan memeriksa pekerja asing yang berkeliaran akan diteruskan sehingga lewat petang. 

Minggu lepas, polis Muar menahan 32 pekerja Nepal yang merusuh di kilang perabot tempat mereka bekerja kerana tidak puas hati dengan jumlah bayaran tidak mengikut skim gaji minimum. 

Semalam, Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata kerajaan membenarkan sebahagian majikan kilang perabot di negara ini menangguh pelaksaan gaji minimum ke satu tempoh lain sehingga mereka benar-benar berkeupayaan melaksanakannya. -- BERNAMA
.......................................
Orangni: Perpatah Melayu ada ungkapkan " Dah bagi betis sekarang mau peha" tapi perpatah sekarang ada juga mengatakan " Dah bagi I/C mesti mau kena undi".

Apapun diharap selepas ini...janganlah pula muncul "Sultan Nepal" membuat tuntutan seperti yang berlaku di Sabah....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan