Pengikut

Rabu, 20 Mac 2013

Geng 14 Selama Akan Sertai UMNO...?


Selama Perak: Desas-desus di DUN Selama kini hangat diperkatakan oleh penduduk setempat konon-nya Geng 14 akan sertai UMNO.

Ada yang mengatakan Geng 14 ini akan sertai UMNO secara rasmi pada lawatan Zambry Kadir yang dijangka 24 Mac ini.

Tentu ramai yang tertanya-tanya siapakah Geng 14 ini dan dari parti manakah mereka ini,sebab nak join UMNO tentu dari parti bukan UMNO.

Geng 14 dipercayai adalah sekumpulan ahli didalam PAS di Selama yang dikatakan kecewa suatu masa dulu disini,khabarnya berkaitan isu calon maka atas sebab-sebab kekecewaan mereka itu dikatakan berlarutan hingga kini.

Menurut sumber lagi,nama Geng 14 ini diambil sempena 14 individu saja yang dikatakan akan sertai UMNO dan meninggalkan PAS.

Apapun kesahihan cerita dan berita Geng 14 akan sertai UMNO ini hanya mungkin akan terjawap apabila lawatan Zambry Kadir ke Selama pada tarikh yang dinyatakan.

Dekat-dekat nak PRU ni macam-macam benda nak jadi,sana masuk sini,sini nak tak puas hati sana....macam-macam...maklumlah dah dekat PRU ni tawar menawar makin rancak....hahaha....apapun sama-sama kita nantikan........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan