Pengikut

Sabtu, 23 Mac 2013

Yb Dato Rosli Takut Debat Isu Semasa Dengan Penduduk Kampung Dew

23 Mac -- Bukit Gantang, Jeti Kelip-Kelip Kampung Dew berlangsung sebuah program yang diaturkan oleh UMNO Bahagian Bukit Gantang. 

Program ini dikatakan akan dihadirin oleh YB Dato Rosli Husin Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang yang juga ADUN Terong,mengikut jadual acaranya pada jam 3:30 petang disini.


Rosli Husin
Menurut kata seorang wakil penduduk disini program Debat Isu Semasa bersama YB Rosli ini adalah bagi mengemukakan cadangan serta merungkai beberapa masaalah bagi penduduk setempat disini. 

Para penduduk yang hadir dikatakan sudah bersedia dengan beberapa soalan cepu emas buat YB Rosli.

Malang sekali apabila YB Rosli disahkan gagal hadir ke program ini tanpa diberitahu sebab,malah Tok Penghulu Mat Nor pun tidak hadir.

UMNO Bukit Gantang hanya menghantar 2 orang wakil yang dikatakan gagal 100% dalam program ini. 

" Kalau macam ni mampus kami nak jawap"- antara jawapan dari salah seorang wakil YB Rosli yang mengeluh kerana gagal menjawap dan menyelesaikan perkara berbangkit yang di timbulkan penduduk kampung Dew.

Slogan Zambry Kadir "Tiada Terpinggir dan Tiada Tertinggal" bagi negeri Perak nampak tidak dilaksanakan oleh wakil rakyat UMNO,slogan ini hanyalah retorik politik UMNO BN semata-mata untuk mengaburi rakyat. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan