Pengikut

Khamis, 9 Mei 2013

Pemuda India Didenda RM1,000 Kerana Rosakan Poster Kempen PRU13 Di Taiping

TAIPING - Gara-gara merosakkan poster pilihan raya, seorang pelajar sebuah kolej swasta terpaksa membayar RM1,000 denda setelah mengaku bersalah melakukan perbuatan itu di Mahkamah Majistret Taiping, semalam.

Tertuduh, A Aravinderkrishnan, 19, yang berasal dari Taman Tasek Indah, di sini, mengaku bersalah atas tuduhan melakukan khianat dengan merosakkan kain rentang dan pos- ter Barisan Nasional (BN) di Jalan Semarak, Pokok Assam, di sini, 5 Mei lalu.

Majistret Solehah Noratikah Ismail kemudian menjatuhi hukuman itu dan menawarkan satu tarikh baru untuk mendengar laporan akhlak remaja terbabit daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Bagaimanapun, tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan menolak tawaran berkenaan dan bersetuju membayar denda terbabit.

Dia dituduh melakukan perbuatan khianat membabitkan bahan kempen dengan jumlah kerugian lebih RM25.

Pihak pendakwa diwakili Timbalan Pendakwaraya, Nurul Qistini Qamarul Abrar, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Berdasarkan fakta kes, remaja terbabit dilihat bertindak membuang bendera milik BN itu berhampiran Jalan Semarak, kira-kira jam 1.30 pagi.

Tindakan tertuduh bagaimanapun disedari pengadu, Mohd Nizam Mohamed, 32, yang kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Taiping.- Sumber SH



...................................
Sekadar imbasan: Salah satu kejadian poster kempen yang dirosakan...harap-harap ada dakwaan dan tindakan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan