Pengikut

Selasa, 7 Mei 2013

Zambry Mengamuk MCA Tekad Tak Mahu Jawatan di Perak

Satu-satunya wakil MCA di Perak, Datuk Dr Mah Hang Soon yang berjaya mempertahankan kerusi DUN Chenderiang pada pilihan raya umum ke-13, Ahad lalu menolak sebarang jawatan dalam kerajaan kerajaan negeri jika ditawarkan.
Calon MCA yang lain semuanya bungkus dalam pru kali ini.

Ini katanya, sebagai tanda menghormati keputusan pucuk pimpinan parti yang diputuskan dalam mesyuarat agung luar biasa parti sebelum ini.

Perwakilan khas MCA sebelum ini mengumumkan untuk tidak menerima sebarang jawatan sama ada di peringkat kampung hingga ke Persekutuan sekiranya parti itu mencatatkan keputusan lebih buruk berbanding pilihan raya 2008.

“Sebagai orang parti (party man), saya menghormati dan menurut keputusan yang dibuat oleh parti. “Saya tidak akan terima sebarang jawatan dan agenda diri tidak penting, yang penting agenda untuk seluruh masyarakat,” katanya.

Beliau ditemui pemberita di kediaman rasmi Menteri Besar Perak di Ipoh, pagi tadi.

Mah yang merupakan bekas Exco Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam menegaskan, beliau akan menumpukan untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat di Chenderiang. -Sumber.

** Orangni anggap Tongkat UMNO ialah MCA, MIC dan GERAKAN dah patah dan dah tak boleh pakai selepas PRU13. Sekarang mulalah Umno mengamuk macam orang gila tak cukup tidur. Sana tak betul,sini tak betul,sana salah,sini salah....dan UMNO akan tak mengaku salah,mereka semua betul...yang itu ini salah ialah selain dari UMNO...hahaha.....

Sekarang ini dengar kenyataan yang pelik-pelik dari UMNO,semalam Utusan Malaysia buat tajuk "Cina Mahu Apa Lagi", Tun M pula kata Tsunami Cina tak sokong BN penyebab kemerosotan pada BN, Ali Rustam pula kata macam seolah-olah cina tak kenang jasa sebab tu dia kalah dan Zambry Kadir hari ini menyatakan dia perlukan MCA dalam pentadbiran negeri Perak.

Macam mana ni..?? Dah macam kenyataan orang mabuk orang-orang Umno ni...hahaha...

Orang cina dinegara ini jadi serba salah kerana penyakit gila Umno sekarang . Sebelum ni Umno mahu Orang cina hanya boleh sokong Umno saja. Kalau tolak Umno pada mereka tak kenang jasa. Cina sokong PAS tak boleh. Seolah2 dosa besar?

Awat! umno jaga Melayu ka?. Awat umno jaga cina ka? Awat umno jaga india ka..? Yang dok nampak umno hanya jaga kroni umno saja....!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan