Pengikut

Khamis, 8 Mei 2014

UMNO Taiping bagi Najib naik lif rosak di bangunan baru UMNO Taiping

8 Mei 2014: PM Najib yang juga Presiden UMNO telah  terpaksa mengunakan tangga untuk naik ke tingkap 3 dalam perasmian bagunan baru yang dinamakan Rumah UMNO Taiping hari ini (Gambar dibawah). Khabarnya hanya 70% saja siap...dah nak dirasmikan.

Bangunan baru ini nama saja baru tapi lif-nya dah rosak, dalam kejadian tersebut lif yang dinaiki Najib dikatakan sangkut-sangkut,naik separuh dan turun semula ke-aras bawah.

Menyebabkan Najib yang baru saja rasmi bangunan terpaksa menapak naik tangga hingga ke aras 3.

Kejadian ini dikatakan amat memalukan UMNO Taiping.

Apa tidaknya....sudahlah kehadiran tak ramai menyambut Najib di Taiping dan ditambah pula dengan kejadian Lif rosak dibangunan yang baru di-rasmi Najib sendiri.

Semalam 7 mei  bandar Taiping dilanda ribut menyebabkan banyak pokok tumbang,kenderaan rosak dan satu mangsa meninggal dunia kerana rumah dihempap pokok.

Hari ini (8 mei) UMNO Taiping dimalukan dengan kejadian Lif rosak untuk PM.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan