Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Najib. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Najib. Papar semua catatan

Khamis, 8 Mei 2014

UMNO Taiping bagi Najib naik lif rosak di bangunan baru UMNO Taiping

8 Mei 2014: PM Najib yang juga Presiden UMNO telah  terpaksa mengunakan tangga untuk naik ke tingkap 3 dalam perasmian bagunan baru yang dinamakan Rumah UMNO Taiping hari ini (Gambar dibawah). Khabarnya hanya 70% saja siap...dah nak dirasmikan.

Bangunan baru ini nama saja baru tapi lif-nya dah rosak, dalam kejadian tersebut lif yang dinaiki Najib dikatakan sangkut-sangkut,naik separuh dan turun semula ke-aras bawah.

Menyebabkan Najib yang baru saja rasmi bangunan terpaksa menapak naik tangga hingga ke aras 3.

Kejadian ini dikatakan amat memalukan UMNO Taiping.

Apa tidaknya....sudahlah kehadiran tak ramai menyambut Najib di Taiping dan ditambah pula dengan kejadian Lif rosak dibangunan yang baru di-rasmi Najib sendiri.

Semalam 7 mei  bandar Taiping dilanda ribut menyebabkan banyak pokok tumbang,kenderaan rosak dan satu mangsa meninggal dunia kerana rumah dihempap pokok.

Hari ini (8 mei) UMNO Taiping dimalukan dengan kejadian Lif rosak untuk PM.

Selasa, 9 Oktober 2012

Najib gagal atasi pencerobohan tanah tinggi dinegeri sendiri sebab "perkara biasa"


Orang Dalam Bocor Rahsia Kepada Penceroboh Tanah - Kata DO
KUANTAN: Pihak berkuasa sukar menangkap orang-orang yang terlibat dalam pencerobohan tanah secara haram di Cameron Highlands berikutan kakitangan pejabat daerah sendiri dipercayai bersekongkol dengan penceroboh.
Pegawai Daerah, Datuk Ahmad Daud membuat pengakuan mengejutkan ketika mengulas mengenai pencerobohan tanah yang semakin berleluasa di Blue Valley Cameron Highlands.
Ahmad berkata pegawainya telah memantau pencerobohan tanah tersebut dan telah menjalankan serbuan "apabila kita menerima maklumat yang boleh dipercayai" berlakunya aktiviti sedemikian.
"Bagaimanapun, kita mengesyaki seseorang dari dalam jabatan telah membocorkan maklumat kepada pesalah, mengakibatkan serbuan gagal.
Apa yang lebih mencurigakan ialah mereka telah "mengambil semula" empat daripada sembilan item jentera berat yang dirampas semasa serbuan.
"Saya akan membersihkan jabatan saya dahulu sebelum melancarkan operasi skala penuh untuk menahan mereka yang terlibat," katanya.
Ahmad mengulas laporan muka depan The Star pada Selasa bahawa pencerobohan tanah di kawasan hutan simpan di Cameron Highlands, menyebabkan kebimbangan kepada penduduk.
Penduduk mengadu sumber air mereka terjejas dan dikhuatiri cerun yang terdedah akan mengalami hakisan ketika cuaca buruk dan berulangnya tragedi Ogos 2011 di mana tujuh orang mati dan beberapa buah rumah telah musnah di penempatan Orang Asli di Kampung Sungai Ruil.
Ahmad berkata beliau akan mengadakan perbincangan bagi menyelesaikan perkara tersebut secara muktamad.
Beliau berkata sukar untuk mengesan aktiviti haram itu kerana mereka menjalankan kerja-kerja pada waktu malam dan hujung minggu.
"Sukar untuk menangkap mereka kerana kami perlu berjalan jauh ke dalam hutan," katanya.- Mstar
** Kenyataan hebat dari Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob pula ialah pencerobohan tanah kerajaan negeri adalah "Perkara biasa".

Pihak berkuasa sukar menangkap orang-orang yang terlibat dalam pencerobohan tanah secara haram di Cameron Highlands berikutan kakitangan pejabat daerah sendiri dipercayai bersekongkol dengan penceroboh.
"Perkara Biasa" kata Adnan Yaakob....sebab memang biasa kroni UMNO buat kerja haram ini...hahaha...