Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Rumah UMNO Taiping. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rumah UMNO Taiping. Papar semua catatan

Rabu, 18 Jun 2014

UMNO Taiping menghina Raja Abdullah [4 Gambar]

Dalam minggu lepas Orangni ada pegi ke Bangunan Majlis Perbandaran Taiping (MPT) atas usuran peribody... Jadi parkinglah motor buruk Orangni kat sebelah kedai mamak....kalau tak silap restoren A.Rahman nama-nya.

Keluar dari MPT setelaj selesai urusan....Orangni terpandang bangunan berwarna merah yang poster besarnya masih ada tertera Rumah UMNO Taiping. 

Oooo...inilah bangunan baru UMNO Taiping yang pernah tercatat sejarah sedih bagi Najib ketika merasmikanya dalam bulan Mei lepas.... Kisahnya korang klik SINI.

Kebetulan dah motor pun parking kat situ....Orangni pegi rapat dengan bangunan baru tersebut yang nampak masih belum digunakan lagi....

Tetiba Orangni terpandang sesuatu yang macam bahan terbuang saja di hadapan bangunan tersebut (Kaki Lima)...bila tengok dekat-dekat..... Rupanya jambangan bunga sempena perasmian Rumah UMNO Taiping...

UMNO Taiping macam tak menghargai penghargaan yang diberi seorang yang bergelar Raja....

Korang tengoklah sendiri gambar-gambar dibawah ni:
Rumah UMNO Taiping...
Rumah UMNO Taiping dihiasi sampah..
Hmmm....sampai berterabur jadi sampah penghargaan yang diberi...
Satu Penghinaan: Penghargaan dari Raja Abdullah yang disampahkan oleh UMNO Taiping.....



Khamis, 8 Mei 2014

UMNO Taiping bagi Najib naik lif rosak di bangunan baru UMNO Taiping

8 Mei 2014: PM Najib yang juga Presiden UMNO telah  terpaksa mengunakan tangga untuk naik ke tingkap 3 dalam perasmian bagunan baru yang dinamakan Rumah UMNO Taiping hari ini (Gambar dibawah). Khabarnya hanya 70% saja siap...dah nak dirasmikan.

Bangunan baru ini nama saja baru tapi lif-nya dah rosak, dalam kejadian tersebut lif yang dinaiki Najib dikatakan sangkut-sangkut,naik separuh dan turun semula ke-aras bawah.

Menyebabkan Najib yang baru saja rasmi bangunan terpaksa menapak naik tangga hingga ke aras 3.

Kejadian ini dikatakan amat memalukan UMNO Taiping.

Apa tidaknya....sudahlah kehadiran tak ramai menyambut Najib di Taiping dan ditambah pula dengan kejadian Lif rosak dibangunan yang baru di-rasmi Najib sendiri.

Semalam 7 mei  bandar Taiping dilanda ribut menyebabkan banyak pokok tumbang,kenderaan rosak dan satu mangsa meninggal dunia kerana rumah dihempap pokok.

Hari ini (8 mei) UMNO Taiping dimalukan dengan kejadian Lif rosak untuk PM.