Pengikut

Sabtu, 21 Jun 2014

Baju Raya Jenama Najib hanya RM2

Hari ni Orangni jalan Memory Lane Ipoh (gambar 1). Dah lama tak jenguk pasar pagi yang dulu-nya orang panggil pasar Lok Eng ataupun Looking.

Pasar Memory Lane ni popular dengan jualan barangan lama atau barang antik,sesetengahnya tempat digelar pasar karat.

Kat sini Orangni cuma nak geibang pasal penemuan lambakan baju BN yang ada gambar Najib pun turut dipasar karatkan kat sini( Gambar 2)
..Alahai...2hinggit je sehelai...siap ada offer 3 helai hanya 5hinggit...hahaha...

Setahu Orangni baju ni dikeluarkan oleh BN sempena PRU13 dan diagihkan percuma kepada penyokong BN.

Tapi sekarang dah masuk pasaran pasar karat dengan harga yang amat karat...hahaha...

Patutlah ramai Mat Bangla dan Mat Indon ramai yg pakai baju BN..rupanya banyak dijual oleh penjual yang dah tentu dapat free dari pejabat2 UMNO...hahaha...

Untung le...baju dapat free lepas tu jual pula kat pasar karat, sapa2 yang nak buat baju raya boleh le beli....hahaha....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan