Pengikut

Isnin, 16 Jun 2014

Orang Kampung Merungut Jalanraya Ke Kuala Sepetang Di-Naiki Air Laut [Video]

14 June 2014


14 June 2014 -- Orangni ke Kuala Sepetang...saja ronda-ronda sebelum pekena menu special mee udang...hahaha...

Lebih kurang dalam 2 kilometer nak sampai ke-destinasi, nampak kereta bersusun didepan,ingatkan ada kemalangan....rupanya jalan kat depan dinaiki air laut. Tak lah dalam mana air laut atas jalan raya tu....dalam sejengkal dua saja.

Tapi air masin beb....kalau air biasa tak apa...berkarat kereta Oooo.....hahaha...

Ada yang berpatah balik....mungkin takut kereta berkarat, Orangni teruskan sebab dah janji dengan nafsu nak pekena mee udang....hahaha....

"Patah balik la encik... sayang kereta tu kena ayaq masin..." - kata sorang pak cik sebelum kereta meredah air masin...mungkin pak cik tu orang kampung kat situ yang prihatin dengan pengunjung yang masuk ke Kuala Sepetang yang menjadi tarikan pelancong kerana keindahan pokok bakau dan sebagainya.

Sampai di Kuala Sepetang waktu solat asar dah masuk...Orangni singgah berjemaah kat surau tak jauh dari kedai mee udang Mak Jah.

Selesai solat...sorang jemaah kat surau tu sempat berborak ringkas dengan Orangni dan salah satu ayat dalam borak-borak tu " Mmmm...balik nanti encik kena basuh kereta betul-betul...kalau tak abis berkarat".

Chua Yee Ling 
"Kami kat sini harap.....itu YB Chua Yee Ling boleh kasi selesai masaalah jalanraya mau masuk ke sini (Kuala Sepetang)...memang air masin (Air Laut) bukan selalu naik,tapi dalam setahun akan berlaku sekali atau dua air masin naik atas jalanraya"- kata sorang penduduk disini. 

Kejadian air laut melimpah naik atas jalanraya ini dikatakan berlaku kerana fenomena biasa apabila air laut pasang besar,lazim-nya 2 tahun sekali. Keadaan bertambah buruk jika hujan lebat serentak dengan fenomena air laut pasang besar yang akan mengakibatkan banjir berlaku disekitar Kuala Sepetang

Camana nak selesaikan...???

Kemungkinan parit atau sistem saliran kat kiri kanan jalan tu perlu diperkemaskan dan mungkin pihak ADUN Kuala Sepetang,YB Chua Yee Ling boleh fikirkan camana nak selesai masaalah penduduk setempat. 


** Sekarang Jun 2014....
Mmmmm....PRU14 dah tak lama lagi....hahaha.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan