Pengikut

Rabu, 18 Jun 2014

Menteri Besar Perak kata Orang Pulau Pangkor Pengotor...!!!??

16/06/2014

Zambry Abd Kadir MB Perak  kesal dengan sikap penduduk di Pulau Pangkor yang pengotor dan  tidak menjaga kebersihan di kawasan Pulau tersebut.

Menurut Zambry Kadir, hal ini telah banyak kali diperkatakan bagi mengelak kawasan pelancongan itu dibelenggu dengan masalah sampah sarap.


"Yang pertamanya kita tekankan dari aspek kebersihan di Pulau Pangkor, telah berkali-kali saya tekankan perkara ini kepada penduduk semua.

"Pulau Pangkor adalah kawasan pelancongan, saya telah nasihatkan berkali-kali supaya tempat membuang sampah dijaga.

"Tetapi masih lagi ada yang nak membuat sampah merata-rata dan mereka tak mahu langsung mengubah sikap ini.

Apatah lagi katanya, sekiranya kawasan yang didiami merupakan salah satu destinasi pelancongan negara.- 

..............

Orangni ada ke Pulau Pangkor baru-baru ni sebab ada kenduri kahwin saudara,kalau nak di-ikutkan ramai juga suku sakat adik beradik Orangni kat Pulau Pangkor..hahaha...

Maklumat yang diterima dari adik beradik kat Pulau Pangkor kata  Zambry Kadir ni jarang-jarang membawa ke kadang-kadang saja jenguk Pulau Pangkor walaupun dia tu ADUN Pulau Pangkor..

Kalau Zambry datang pun hanya sekejap saja dikawasan penduduk tempatan di Pulau Pangkor..yang lain mungkin kat tempat-tempat istimewa taraf VVIP yang ada pulau tersebut..

Isu kebersihan ini...agaknya memang tak pernah Si Zambry Kadir sendiri ni turun buat program gotong royong dengan orang Pulau Pangkor... kalau ada buat pun mungkin tiada sambutan....sebab dah ramai orang Pulau Pangkor yang dah tak berapa suka dengan beliau....sebab apa korang tanya sendiri dengan orang Pulau Pangkor....hahaha.....

* Mungkin Zambry masih marahkan pengundi kat Pulau Pangkor yang dikatakan tak undi beliau semasa PRU13 lepas....maka dikatalah  Orang Pulau Pangkor Pengotor...!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan