Pengikut

Memaparkan catatan dengan label ADUN Selama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ADUN Selama. Papar semua catatan

Rabu, 20 Mac 2013

Geng 14 Selama Akan Sertai UMNO - Part 2 [ Gambar kantoi ]


Jeng..jeng..jeng...!!!!! 

Kesahihan Geng 14 akan sertai UMNO secara rasmi dalam lawatan Zambry Kadir pada 24 Mac ini semakin jelas.

Sekeping gambar yang menunjuk Geng 14 berada bersama-sama duduk didalam majlis anjuran UMNO yang dipercayai dihadiri oleh  YB Dato Mohd Daud ADUN Selama, dikatakan di Kampung Kuala Sungai Rambutan.
Geng 14 duduk diluar khemah,Geng Orang Kuat UMNO dalam khemah....mungkin sebab tak serah borang lagi..hahaha...
Majlis apa yang dibuat tidak dapat dipastikan,mungkin majlis tawar menawar nilai harga diri untuk dijual beli.

Khabarnya pada 22 Mac ini juga akan diadakan program ceramah dari penceramah Ustaz pulus UMNO yang akan dibuat bersebelahan dengan rumah orang kuat Geng 14 ini.

Kemungkinan kehadiran penceramah Ustaz pulus UMNO ke situ mungkin juga sebagai mentarbiah Geng 14 supaya kembali bersama UMNO kembali yang ditinggalkan mereka dahulu.

Isu berkaitan: Geng 14 Selama Akan Sertai UMNO


Rabu, 30 Januari 2013

Ustaz Kazim dijemput UMNO untuk berceramah Politik Perdana di Selama Perak


Sejak namanya disebut-sebut bakal jadi calon PRU akan datang, semakin galak mengila sasau Ust Kazim naik pentas ceramah  tajaan UMNO, dulu kata-nya tak moh (tak mau) terlibat dengan pentas politik,cuma nak cakap pasal Islam saja,tapi dalam dok kata tak mau sentuh politik selalunya auta Kazim saja,dia balun juga cakap politik.

Sekarang ni banyak tergantung banner-banner muka Kazim kat kawasan Larut,konon-nya ceramah Perdana pada 2hb ni...tapi hakikatnya ialah Ceramah Politik Perdana sebab memang sah dianjurkan oleh UMNO kat sini.

Ramai orang kat sekitar Sungai Tapah dan Sungai Bayor Selama kata Ceramah Kazim ni semata-mata nak balas balik ceramah-ceramah yang dibuat oleh PAS yang ahlinya ramai disini.

Memang betoi pun....dah banyak kali aku dan member dok skodeng ceramah Kazim ni, dari apa yang dok dengar memang Kazim ni bersifat terlalu pro pada UMNO nampak amat jelas..dia cuba nak selindung-selindung,tapi selalunya kantoi...haha....

Kemungkinan sebab dah terbayang nak jadi YB UMNO sebab khabarnya MB Haram Perak Zambry Kadir pun ada mengharapkan Kazim ni bertanding dalam PRU akan datang.

Maklumat terbaru yang panas mengatakan tembelang Kazim sekarang sudah pecah di Kedah, kalau dulu jadual kuliah Kazim dibeberapa masjid kat  Kedah memang penuh jadualnya.

Khabarnya setiap bulan Kazim ke Kedah untuk Kedah,tapi sekarang semua masjid di Kedah sudah membatalkan kuliah-nya disebab kuliah-nya banyak menghentam Pakatan Rakyat dan membodek UMNO BN.

"Tuan-tuan semua pegi masjid untuk sembahyang...tuan-tuan hanya tau pegi saja masjid,tahu tak siapa yang buat masjid-masjid yang besar-besar dan yang cantik ini,semuanya tu Kerajaan yang dok Putrajaya buat...bla...bla..bla..." - inilah ayat wajib dari mulut Ust Kazim dalam membodek UMNO BN dalam siri kuliahnya dimana-mana masjid termasuk di Kedah.

Nak jadi cerita... Sebuah masjid di Kedah sudah hantar surat rasmi menegur cara Kazim memberi kuliah, tapi dah memang perangai hipokrik UMNO dah sebati dalam diri Kazim, beliau dikatakan memutar belit cerita disebuah masjid lain dinegeri Kedah juga ketika memberi kuliah,konon-nya ada orang kat satu masjid hantar "Surat Layang" mempertikaikan caranya menyampai kuliah. Katanya "Orang yang hantar surat layang ni penakut,tak bermoral..bla...bla..bla...".

Allah Maha Kuasa... Dalam dok sedap Kazim membalun konon-nya terima surat layang tersebut,rupa-rupanya kat depan Kazim ialan individu dari AJK masjid yang hantar surat tersebut. "Kalau surat layang...mana ada nama dan alamat pengirim, kami yang buat surat tu..itu surat rasmi bukan surat layang" - Balas AJK masjid tersebut.

Kejadian ini telah membuatkan Kazim membatalkan semua kuliahnya di Kedah,kerana tahu tembelang kaki putar alam-nya dah terbongkar.'

Ada sumber juga mengatakan Kazim sekarang dok merayu nak minta disambung semula kuliah dibeberapa masjid kat Selangor yang dikatakan menghentikan menjemputnya...apa sebabnya pun aku tak tahu,mungkin sebab yang sama juga.

Lepas ni Kazim hanya kuliah di sekitar Perak saja la...itupun atas jemputan UMNO saja.....hahaha....

Isnin, 29 Oktober 2012

Solat Sunat Aidiladha masjid Selama Perak dicemari risalah dari "Syaitan Yang Dikenali"

Risalah Haram dari "Syaitan yang Dikenali" di tinggalkan di masjid Pekan Selama Perak
(Klik Gambar untuk lebih jelas mata melihat...)
Jika baru-baru ini aku ada keluarkan posting  kes risalah haram bersama CD provokasi diedarkan di Parlimen Bukit Gantang [ Klik Sini ] dan kali ini kes yang sama berlaku juga di Selama Perak.

Memang mereka amat terdesak sekarang,tanpa mengira keadaan lokasi,masa dan keadaan…puak yang amat tanpa was-was yang aku yakin dari kerja tangan “Syaitan Yang Dikenali”  telah mengedarkan risalah provokasi jahat,perkauman dan jijik di tinggalkan ditangga masjid di Pekan Selama Perak.

Saiz risalah ni punya la besar…kalah surat khabar Utusan Meloya dipasaran,dengan 4 muka surat yang tiada nama penerbit atau pencetaknya. Nampak macam tajuk macam risalah berunsur keagamaan,tapi isi kandungnya menghentam himpuan BERSIH,membela SPR konon telus,menakut-nakut orang Melayu dengan orang bukan Islam dan sebagainya. 

Nampak sesangat ini kerja puak yang ketuanya tiada Thulur nak berdebat…hehehe…

Yang bestnya....tajuk risalah haram tu "Salam Aidiladha" dan  di hadapan muka hadapan risalah haram tersebut juga  tertera “ Dilarang membaca semasa khatib berkhutbah”. Nampak sesangat puak “Syaitan Yang Dikenali” dah merancang untuk sebar provokasi pada hari raya korban yang jatuh pada hari jumaat.

Agaknya YB Dtk Daud (Gambar kecik) sama sekepala dan senasib dengan Ketua UMNO Bukit Gantang YB Dtk Rosli yang sekarang terasa panas bontot dengan keadaan politik yang rakyat menolak UMNO semakin ketara,lalu dibuat provokasi murahan bertaraf bodoh dan akhirnya kantoi….hehehe….