Pengikut

Memaparkan catatan dengan label PAS Larut. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PAS Larut. Papar semua catatan

Rabu, 20 Mac 2013

Geng 14 Selama Akan Sertai UMNO - Part 2 [ Gambar kantoi ]


Jeng..jeng..jeng...!!!!! 

Kesahihan Geng 14 akan sertai UMNO secara rasmi dalam lawatan Zambry Kadir pada 24 Mac ini semakin jelas.

Sekeping gambar yang menunjuk Geng 14 berada bersama-sama duduk didalam majlis anjuran UMNO yang dipercayai dihadiri oleh  YB Dato Mohd Daud ADUN Selama, dikatakan di Kampung Kuala Sungai Rambutan.
Geng 14 duduk diluar khemah,Geng Orang Kuat UMNO dalam khemah....mungkin sebab tak serah borang lagi..hahaha...
Majlis apa yang dibuat tidak dapat dipastikan,mungkin majlis tawar menawar nilai harga diri untuk dijual beli.

Khabarnya pada 22 Mac ini juga akan diadakan program ceramah dari penceramah Ustaz pulus UMNO yang akan dibuat bersebelahan dengan rumah orang kuat Geng 14 ini.

Kemungkinan kehadiran penceramah Ustaz pulus UMNO ke situ mungkin juga sebagai mentarbiah Geng 14 supaya kembali bersama UMNO kembali yang ditinggalkan mereka dahulu.

Isu berkaitan: Geng 14 Selama Akan Sertai UMNO


Ahad, 10 Mac 2013

Video Konvoi : Dah Lama Orang Selama Perak Bersemangat Nanti PRU-13


Konvoi dari anak muda dan berbagai lapisan masyarakat di Selama Perak adalah satu kehebatan yang tersendiri bagi penduduk di-sini, semua ini berlaku kerana kebangkitan rakyat dari berbagai bangsa di DUN Selama,Batu Kurau dan Kubu Gajah yang berada di Parlimen Larut Perak.

Sebut saja konvoi anjuran PAS Larut, maka berduyun-duyunlah masyarakat disini akan datang menyertainya. Mereka tidak diupah seperti yang dilakukan oleh konvoi anjuran UMNO BN. Mereka datang dengan rela hati bagi menunjuk-kan sokongan terhadapa Pakatan Rakyat.

Jom layan klip video 6:00 konvoi PAS Selama yang terbaru..!!!
Orangni: Syabas kepada semua orang-orang Larut....

Rabu, 30 Januari 2013

Ustaz Kazim dijemput UMNO untuk berceramah Politik Perdana di Selama Perak


Sejak namanya disebut-sebut bakal jadi calon PRU akan datang, semakin galak mengila sasau Ust Kazim naik pentas ceramah  tajaan UMNO, dulu kata-nya tak moh (tak mau) terlibat dengan pentas politik,cuma nak cakap pasal Islam saja,tapi dalam dok kata tak mau sentuh politik selalunya auta Kazim saja,dia balun juga cakap politik.

Sekarang ni banyak tergantung banner-banner muka Kazim kat kawasan Larut,konon-nya ceramah Perdana pada 2hb ni...tapi hakikatnya ialah Ceramah Politik Perdana sebab memang sah dianjurkan oleh UMNO kat sini.

Ramai orang kat sekitar Sungai Tapah dan Sungai Bayor Selama kata Ceramah Kazim ni semata-mata nak balas balik ceramah-ceramah yang dibuat oleh PAS yang ahlinya ramai disini.

Memang betoi pun....dah banyak kali aku dan member dok skodeng ceramah Kazim ni, dari apa yang dok dengar memang Kazim ni bersifat terlalu pro pada UMNO nampak amat jelas..dia cuba nak selindung-selindung,tapi selalunya kantoi...haha....

Kemungkinan sebab dah terbayang nak jadi YB UMNO sebab khabarnya MB Haram Perak Zambry Kadir pun ada mengharapkan Kazim ni bertanding dalam PRU akan datang.

Maklumat terbaru yang panas mengatakan tembelang Kazim sekarang sudah pecah di Kedah, kalau dulu jadual kuliah Kazim dibeberapa masjid kat  Kedah memang penuh jadualnya.

Khabarnya setiap bulan Kazim ke Kedah untuk Kedah,tapi sekarang semua masjid di Kedah sudah membatalkan kuliah-nya disebab kuliah-nya banyak menghentam Pakatan Rakyat dan membodek UMNO BN.

"Tuan-tuan semua pegi masjid untuk sembahyang...tuan-tuan hanya tau pegi saja masjid,tahu tak siapa yang buat masjid-masjid yang besar-besar dan yang cantik ini,semuanya tu Kerajaan yang dok Putrajaya buat...bla...bla..bla..." - inilah ayat wajib dari mulut Ust Kazim dalam membodek UMNO BN dalam siri kuliahnya dimana-mana masjid termasuk di Kedah.

Nak jadi cerita... Sebuah masjid di Kedah sudah hantar surat rasmi menegur cara Kazim memberi kuliah, tapi dah memang perangai hipokrik UMNO dah sebati dalam diri Kazim, beliau dikatakan memutar belit cerita disebuah masjid lain dinegeri Kedah juga ketika memberi kuliah,konon-nya ada orang kat satu masjid hantar "Surat Layang" mempertikaikan caranya menyampai kuliah. Katanya "Orang yang hantar surat layang ni penakut,tak bermoral..bla...bla..bla...".

Allah Maha Kuasa... Dalam dok sedap Kazim membalun konon-nya terima surat layang tersebut,rupa-rupanya kat depan Kazim ialan individu dari AJK masjid yang hantar surat tersebut. "Kalau surat layang...mana ada nama dan alamat pengirim, kami yang buat surat tu..itu surat rasmi bukan surat layang" - Balas AJK masjid tersebut.

Kejadian ini telah membuatkan Kazim membatalkan semua kuliahnya di Kedah,kerana tahu tembelang kaki putar alam-nya dah terbongkar.'

Ada sumber juga mengatakan Kazim sekarang dok merayu nak minta disambung semula kuliah dibeberapa masjid kat Selangor yang dikatakan menghentikan menjemputnya...apa sebabnya pun aku tak tahu,mungkin sebab yang sama juga.

Lepas ni Kazim hanya kuliah di sekitar Perak saja la...itupun atas jemputan UMNO saja.....hahaha....

Rabu, 11 Julai 2012

[ Pecah Berita] Muhyiddin dimalukan oleh UMNO Selama,banner rasminya di turunkan

11 Julai 2012 ~ Kg. Sungai Seputih Selama Perak. Berikutan esok Muhyiddin nak datang rasmi suatu program disini terjadi kejadian yang agak panas bagi penyokong UMNO di Selama Perak.

Inilah banner yang diturunkan....TPM dimalukan oleh UMNO Larut sendiri...
Isu turunkan bendera politik sempena program tersebut telah mencemarkan nama UMNO dan Muhyiddin sendiri...apa taknya habis bennar rasmi Muhyiddin dipintu masuk majlis pun diturunkan setelah didesak oleh penduduk kampung yang mejoriti besarnya penyokong PAS.

Disebab ada  perjanjian Majlis Daerah Selama dengan penduduk disini (Ahli PAS) untuk berlaku adil dalam tindakan ini maka dilihat pihak PAS di Selama dapat berkerjasama dalam kerja turun bendera ini,berlainan dengan UMNO yang cuba bermain kotor dengan menaikan bendera dan banner mereka semula selepas diturunkan yang dikatakan diupah oleh seorang Dato dengan upah sehelai bendera 1 ringgit sahaja... ( nak gelak aku dengar....hahaha...).

Kalau mengikut kesesuaian lokasi program....memang UMNO Larut tidak cerdik dalam memilih lokasi,jika diikutkan Selama mempunyai banyak padang2 yang luas dan sesuai dengan lokasi di Kg Sg Seputih ini,tambahan pula disini adalah kubu terkuat PAS di Selama Perak.... Saja cari masaalah...hahaha...

**Vedio klip kejadian akan aku upload seketika nanti..

Gambar- Pintu gerbang PAS yang jaraknya dengan lokasi program Muhyiddin hanya 100meter berjaya dipertahanan oleh lebih 300 penduduk kampung yang turun kelokasi petang tadi, turut hadir memberi sokongan moral ialah ust Akmal Timbalan Ketua Pemuda Larut.