Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Chua soi lek. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Chua soi lek. Papar semua catatan

Ahad, 28 Oktober 2012

PANAS..!!! Musim Haji 2012: Haji Najib tengok juara bercium depan mata..!!!



28 Okt 2012 bersamaan 12 Zulhijjah 1433h: Umat Islam diseluruh dunia masih bertasbih dan bertahmid sempena sambutan hari raya korban (Aidiladha). Dan masih ramai juga melaksanakan ibadah korban dinegara ini dengan suasana penuh penghayatan dan kesedaran mengenai konsep korban dalam tuntutan Islam.

Lain pula dengan Haji Najib Perdana Menteri Malaysia, beliau pada hari raya korban kali ini menyambutnya dipadang golf,jika tahun lepas Haji Najib dan Hajjah Rosmah ke Mekah tunaikan haji,kali ini Haji Najib dilihat beraya di padang golf bagi meraikan Kejohanan Golf CIMB Classic 2012 yang diadakan di The Mines Resort & Golf Club, Seri Kembangan.

Yang best-nya…hehehe…pada akhir kejohanan yang menawarkan hadiah keseluruhan US$6.1 juta (RM18.7 juta) dengan juara memperolehi hadiah wang tunai US$1.3 juta (RM3.9 juta) ini Haji Najib macam biasalah…bagi hadiah kat pemenang yang menang…hahaha…

Haji Najib juga berpeluang melihat johan golf bercium dikhalayak ramai…untung Haji Najib…hehehe…

Klik Gambar untuk lebih clear...hehehe...

Nasib la…. Hajjah Rosmah tak ikut…kalau ikut…mungkin ikut juga sama join…hehehehe….
Inilah konsep Islam yang dibawa UMNO BN dan sangat-sangat di sokong Chua Soi Lek presiden MCA..hehehe…

Sabtu, 20 Oktober 2012

Chua Soi Lek jadi bodoh dan biadap kerana pesanan ringkas SMS

SHAH ALAM – Pemuda Pas mendesak Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memohon maaf kepada seluruh rakyat di negara ini kerana mengeluarkan kenyataan tidak berasas mengenai hudud.

Ketuanya, Nasrudin Hassan bimbang kenyataan Soi Lek bahawa pelaksanaan hudud akan menjejaskan 1.2 juta peluang pekerjaan di sektor perkhidmatan dan pelancongan, boleh mencetuskan keresahan rakyat terhadap Islam.

Menurutnya, orang Islam wajib menerima hukum hudud, manakala bukan Islam pula tidak perlu bimbang mengenai pelaksanaannya kerana ia tidak dikenakan ke atas mereka.

“Sehingga kini, belum ada kritikan daripada pemimpin Umno mengenai kenyataan Soi Lek. Saya berharap mufti membuat teguran kepada beliau.

“Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam dan Melayu perlu bersatu menolak penghinaan yang dilakukan Soi Lek,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Nasrudin berkata, kenyataan Soi Lek mengenai hudud itu melucukan dan tidak masuk akal kerana beliau bersandarkan kepada khidmat pesanan ringkas (SMS) yang diterima daripada individu tidak dikenali.

Nasrudin juga turut mempersoalkan tindakan Soi Lek itu.

Katanya, sebagai pemimpin sebuah parti besar dalam komponen Barisan Nasional, tindakan Soi Lek itu tidak profesional dan memalukan.- Sinar



Orgni: Betapa bodoh bahlolnya pemimpin tertinggi MCA ini...hanya sekadar kerana terima  SMS  saja pun  boleh menyebabkan keluar kenyataan yang menyakitkan hati dan perasaan umat Islam dinegara ini.

Kerana SMS pun boleh terpengaruh..bolo..bolo.bolo...punya olang......hahaha... 

Persoalannya sekarang...siapa gerangan yang kirim SMS tu kat Soi Lek...???


Sekadar tatapan untuk fikir...hehehe..