Pengikut

Memaparkan catatan dengan label MCA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MCA. Papar semua catatan

Sabtu, 20 Oktober 2012

Chua Soi Lek jadi bodoh dan biadap kerana pesanan ringkas SMS

SHAH ALAM – Pemuda Pas mendesak Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memohon maaf kepada seluruh rakyat di negara ini kerana mengeluarkan kenyataan tidak berasas mengenai hudud.

Ketuanya, Nasrudin Hassan bimbang kenyataan Soi Lek bahawa pelaksanaan hudud akan menjejaskan 1.2 juta peluang pekerjaan di sektor perkhidmatan dan pelancongan, boleh mencetuskan keresahan rakyat terhadap Islam.

Menurutnya, orang Islam wajib menerima hukum hudud, manakala bukan Islam pula tidak perlu bimbang mengenai pelaksanaannya kerana ia tidak dikenakan ke atas mereka.

“Sehingga kini, belum ada kritikan daripada pemimpin Umno mengenai kenyataan Soi Lek. Saya berharap mufti membuat teguran kepada beliau.

“Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam dan Melayu perlu bersatu menolak penghinaan yang dilakukan Soi Lek,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Nasrudin berkata, kenyataan Soi Lek mengenai hudud itu melucukan dan tidak masuk akal kerana beliau bersandarkan kepada khidmat pesanan ringkas (SMS) yang diterima daripada individu tidak dikenali.

Nasrudin juga turut mempersoalkan tindakan Soi Lek itu.

Katanya, sebagai pemimpin sebuah parti besar dalam komponen Barisan Nasional, tindakan Soi Lek itu tidak profesional dan memalukan.- Sinar



Orgni: Betapa bodoh bahlolnya pemimpin tertinggi MCA ini...hanya sekadar kerana terima  SMS  saja pun  boleh menyebabkan keluar kenyataan yang menyakitkan hati dan perasaan umat Islam dinegara ini.

Kerana SMS pun boleh terpengaruh..bolo..bolo.bolo...punya olang......hahaha... 

Persoalannya sekarang...siapa gerangan yang kirim SMS tu kat Soi Lek...???


Sekadar tatapan untuk fikir...hehehe..


Khamis, 11 Oktober 2012

Hasil didikan UMNO, MCA bantah pakaian sopan

Kedah Keluar 'Kod Pakaian' Model Papan Tanda Iklan - 

ALOR SETAR: Majlis Bandaraya Alor Setar diselar setelah mengikut jejak Kelantan dalam melaksanakan ketetapan yang memerlukan model bukan Islam berpakaian sopan pada papan tanda iklan.


Bagaimana pun Pengerusi MCA Negeri Datuk Chong Itt Chew (Gambar) seperti membantah dengan menegaskan ketetapan tersebut akan menjejaskan penduduk bukan Islam di negeri ini dengan berkata: " Majlis sepatutnya berunding dengan penduduk berbilang kaum di negeri ini sebelum membuat keputusan."

Datuk Bandar, Datuk Mat Noh Ahmad telah memberi amaran kepada pengendali papan iklan dan pengiklan bahawa mereka mesti mematuhi perintah yang memerlukan model wanita Islam pada papan tanda memakai tudung dan model bukan Islam berpakaian sopan.

Sebuah akhbar memetik beliau sebagai berkata bahawa orang-orang yang ingkar terhadap perintah itu akan didenda RM300 dan papan tanda mereka akan diturunkan.Mat Noh berkata majlis akan bertindak tegas terhadap orang-orang yang tidak memelihara kesopanan apabila memaparkan iklan luaran yang besar di kawasan di bawah bidang kuasanya.

Chong berkata majlis perlu merangka garis panduan yang betul untuk memastikan pengendali papan iklan dan pengiklan jelas mengenai ketetapan itu.

Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang berkata pihak majlis menghina wanita bukan Islam dengan menggunakan perkataan "berpakaian sopan".

"Kesopanan adalah subjektif. Saya pasti wanita bukan Islam tidak mahu mendedahkan diri mereka di khalayak ramai."

Bagaimana anda menggambarkan pakaian yang sopan? Adakah majlis menganggap seluar pendek dan pakaian tanpa lengan sebagai tidak sopan?" tanya beliau. - MStar

** Nampak sesangat yang MCA dan Gerakan tidak faham konsep sopan didalam Islam.
Inilah didikan UMNO selama ini dalam memperkenalkan Islam kepada rakan-rakan-nya seperti MCA dan Gerakan.

Begitu juga dengan NGO-NGO pengampu UMNO seperti PERKASA dan JATI serta ulama muda UMNO ...sekadar jadi Pak Turut dicucuk hidung saja...hahaha...

Tahniah kepada Kerajaan Negeri Kedah yang berjuang memartabatkan Islam.