Pengikut

Memaparkan catatan dengan label DS Nizar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DS Nizar. Papar semua catatan

Isnin, 18 Mac 2013

Terkini: Nizar Calon N14 Changkat Jering - Ustaz Abu Bakar Hussian


Bukit Gantang 18 Mac-- Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussian  pada  malam  tadi telah mengistiharkan bahawa DUN N14 Changkat Jering akan ditandingi oleh Parti Islam Se-Malaysia(PAS) pada pilihanraya umum ke-13.

“Dengan mandat yang diberikan oleh Badan Perhubungan PAS negeri Perak yang bermesyuarat semalam dan dengan diperkenankan oleh Datuk Setiausaha Agung. Dengan ini saya mengistiharkan bahawa Parti Islam Se-Malaysia PAS akan bertanding di DUN N14 Changkat Jering pada PRU yang akan datang. Calon yang telah disenaraikan oleh Badan Perhubungan PAS negeri Perak ialah  Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin “ – Sebahagian ucapan pengistiharan dari Ustaz Abu Bakar Hussian.
Ust Abu Bakar (Tengah) bersama Dr Muhaimin dan Tn Haji Razman semasa ditemubual  wartawan
Dalam sidang media pada akhir majlis mengisytiharkan ini juga Ustaz Abu Bakar Hussian  menyatakan DUN bagi negeri Perak,PAS akan meletakan  calon bertanding di  22 kerusi, PKR 19 kerusi dan DAP 18 kerusi. - Orangni blogspot

** Rakaman Video Berkaitan akan menyusul
......................................



Sabtu, 9 Mac 2013

Ustazah Midah Doakan Nizar Semoga Bertaubat - Ustaz Kazim Bangga

Sejak beliau menjemput bebebeberapa kali-kali Ustaz Kazim Elias berceramah di sekitar jajahan politiknya di Sungai Rapat Perak dan isu kandungan ceramah Ustaz Kazim telah ditetapkan oleh YB Hamidah unsurkan politik, dilihat YB Dato Hamidah macam dah ditauliahkan menjadi Ustazah Pilihan yang diluluskan Ustaz Kazim Al-Hafrak...hahaha...

Ustazah Jadian Midah dalam Tweet-nya mendokan  YB DS Nizar bertaubat kerana dunia ini sementara je. Midah ni tak henti-henti menbuat konterversi dalam Perak untuk mancari publisiti termurahnya dalam dunia politik yang penuh kehitaman di Perak.

Ustaz Kazim pula sekarang memang mengalak gila berceramah diserata pelusuk negeri Perak dek kerana kat negeri lain dah kurang laku sebab dah tahu tembelang ceramah politik-nya dipentas ceramah ugama. 

Kalau ada jemputan dari luar Perak pun hanya sebilangan amat kecil jumlahnya tidak seperti dulu yang mana jadual Kazim Al-Hafrak amat padat dan sekarag amat kureng.

Tak lama lagi mungkin Ustaz Kazim akan bergandingan dengan Ustazah Midah berkongsi pentas berceramah politik di-atas pentas ceramah ugama.

Terkini dikatakan UMNO Bahagian Taiping dibawah Ketua Bahagianya Dato Shalimin Chivas12  telah menjemput Ust Kazim untuk konon-nya berceramah ugama di tapak pasar malam Kemunting pada pertengahan bulan ini. 

Bagaimanapun sudah menjadi sifat munafik UMNO Taiping yang pakar menyembunyikan penglibatan dalam hal jemput Ust Kazim, dikatakan telah menukar tanggungjawap pengurusan ceramah Kazim ini kepada Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA). Ini pun sebenarnya UMNO BN juga cuma nama-nya saja di munafik-kan...hahaha...
Bukti..!!! Salahsatu banner ceramah politik Kazim Al-Hafrak dikawasan Ustazah  Midah 
Khabarnya semua ketua UMNO Cawangan di Taiping dah dikerahkan  kumpul nama ahli untuk dipunggah upah ke ceramah Kazim Al-Hafrak di Kemunting nanti.

Jumaat, 25 Januari 2013

Zambry Kadir pening candu lagi: Penjawat awam Perak 80% dah tak percayakan UMNO BN

~ Penjawat awam bantu PR: IPOH -  Pakatan Rakyat (PR) mendedahkan ada segelintir penjawat awam negeri Perak membantu mereka mendapatkan beberapa dokumen untuk didedahkan.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, penyaluran beberapa maklumat dan dokumen kepada pemimpin PR menunjukkan penjawat awam sudah hilang kepercayaan kepada Kerajaan Negeri pimpinan Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, segala maklumat yang didedahkan berkaitan pemberian tanah dan konsesi adalah benar dan bukan rekaan semata-mata. “Maklumat yang diterima sahih kerana ia diterima daripada penjawat awam yang ada sekarang ini berikutan hubungan kami baik dengan mereka semasa 11 bulan lalu dan mereka juga menghormati PR.

“Merekalah orang dalam yang memberikan maklumat kepada kami. Kerana mereka bersimpati kepada rakyat dan mereka tahu kami ada wibawa untuk mendedahkannya,” katanya ketika menjadi panel Debat Darul Ridzuan, di sini, kelmarin.

Mohammad Nizar berkata, jika hubungan PR dengan penjawat awam negeri Perak tidak baik kemungkinan besar mereka tidak dapat cungkil maklumat, surat-surat asal dan surat-surat kelulusan yang dibuat.

Beliau berkata, terdapat dokumen-dokumen yang telah disalurkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan. “Seluruh dokumen yang didedahkan ketika Sidang Dun lalu adalah sahih. Jika tidak ia tidak akan didedahkan di luar sidang Dun. “Jika dalam dewan mungkin kita ada immuniti tetapi di luar dewan, jika kita dedahkan dan jika tidak sahih ia akan dipersoal,” jelasnya lagi.

Beliau turut mendakwa sekurang-kurangnya 80 peratus penjawat awam di Perak menyokong PR kerana mereka sudah membuat perbandingan antara kepimpian PR dan BN.

Debat Darul Ridzuan dengan tajuk Nik Aziz Beri Rasuah kepada Ngeh Koo Ham, Zambry Buncitkan Kroni: Siapa Berdusta berlangsung kira-kira dua jam dengan panel dari PR diketuai Mohammad Nizar bersama Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan Naib Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Perak, Chang Lih Kang.

Manakala meja untuk wakil BN turut disediakan tetapi kosong berikutan tiada wakil yang hadir kerana sebelum ini Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir telah menyatakan pendirian untuk tidak akan melayan pelawaan berkenaan.

- Sinar Harian.

Orangni: Bukan kata penjawat awam saja tak sokong UMNO BN, ahli UMNO BN sendiri pun dalam Perak banyak dedahkan masaalah dalaman UMNO. Bersepah-sepah dokumen penting UMNO BN disalur keluar untuk Pakatan Rakyat.