Pengikut

Memaparkan catatan dengan label YB Dato Hamidah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label YB Dato Hamidah. Papar semua catatan

Ahad, 9 Mac 2014

Kecoh..!!! UMNO Perak tak ambil tahu #MH370 sebab Zambry Kadir benci sangat kat Hamidah Osman..??


Dikala sekarang ini seluruh rakyat Malaysia berduka dengan tragedi yang masih misteri dengan kehilangan pesawat #MH370 yang membawa 227 penumpang, termasuk dua bayi, dan 12 anak kapal, hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan terbang Antarabangsa KL pukul 12.41 pagi Sabtu.
Nampaknya UMNO Perak dengan dunianya sendiri, mereka tak minat pasal #MH370..sebaliknya mereka lebih suka bertengkar,bergaduh  dengan persoalan dan luahan seorang mantan ADUN Sungai Rapat Dato Hamidah Osman yang mempersoalan di laman FB beliau. 

Hamidah hairan kenapa MB Zambry Kadir tersangat benci kepadanya dan apa dosa-nya kat Zambry.... satu luahan dan soalan yang Orangni sendiri tak boleh jawap...hahaha...

Status yang dimuatnaik pada 6 Mac itu nampaknya menjadi hangat dengan komen-komen hingga sekarang....hingga berlaku tuduh menuduh,sindir menyindir dan hentam menghentam sesama sendiri dan paling bestnya...depa turut membalun Zambry Kadir....Habis adik,abang dan kakak riuh rendah bertengkar...
Ambik Kau...UMNO hentam MB dari UMNO sendiri....hahahaha...

"Sy x faham kenapa MB Perak benci sgt kat sy... Apa dosa sy kat dia??" - Status FB Hamidah Osman.
UMNO Perak dah tak ambil tahu kejadian #MH370...mereka sekarang sibuk bergaduh sesama sendiri...hahaha...


Isnin, 1 April 2013

YB Hamidah Sedih Sampah Di Negeri Orang

Klik Imej untuk lebih Jelas... ( Diharap jangan sedih...hahaha..)

Udah takde korje...itu ceritenye...

Adun Sungai Rapat
YB Dato Hamidah Osman 
Konon-nya sedih bebenor nengok kat Shah Alam udah penuh dengan sampah dan kotor...hahaha...

Inilah YB Midah ADUN Sungai Rapat yang sekarang menghobikan diri-nye jaga tepi kain orang, udah takde isu nak tweet-kan....hahaha...

Nengok sampah kat negeri Selangor pun di-isukan,sedangkan dalam DUN Sungai Rapat pun sampah bersepah-sepah....hahaha....

Midah ni sebenor-nye bukan sedih tengok sampah...tapi sebenor-nye sedih mengenangkan nasib diri akan di-sampahkan oleh UMNO BN negeri,yang mana kemungkinan besor nama-nye idak tersenarai dalam pencalonan bakal calon bertanding di Perak dalam PRU akan datang...

Itu sebabnye Midah sekarang kelihatan sedih,meroyan dan bertambah thumpo membawa ke haoup...hahaha.....
Inilah sampah kat Shah Alam yang menyedihkan Midah....
Ini pula sampah kat Taman Desa Pelancongan terletak diantara Kampung Pengkalan Pegoh dan Kampung Changkat Larang. Midah kelihatan menangis kesedihan agaknye...hahaha
.........................................

Sabtu, 9 Mac 2013

Ustazah Midah Doakan Nizar Semoga Bertaubat - Ustaz Kazim Bangga

Sejak beliau menjemput bebebeberapa kali-kali Ustaz Kazim Elias berceramah di sekitar jajahan politiknya di Sungai Rapat Perak dan isu kandungan ceramah Ustaz Kazim telah ditetapkan oleh YB Hamidah unsurkan politik, dilihat YB Dato Hamidah macam dah ditauliahkan menjadi Ustazah Pilihan yang diluluskan Ustaz Kazim Al-Hafrak...hahaha...

Ustazah Jadian Midah dalam Tweet-nya mendokan  YB DS Nizar bertaubat kerana dunia ini sementara je. Midah ni tak henti-henti menbuat konterversi dalam Perak untuk mancari publisiti termurahnya dalam dunia politik yang penuh kehitaman di Perak.

Ustaz Kazim pula sekarang memang mengalak gila berceramah diserata pelusuk negeri Perak dek kerana kat negeri lain dah kurang laku sebab dah tahu tembelang ceramah politik-nya dipentas ceramah ugama. 

Kalau ada jemputan dari luar Perak pun hanya sebilangan amat kecil jumlahnya tidak seperti dulu yang mana jadual Kazim Al-Hafrak amat padat dan sekarag amat kureng.

Tak lama lagi mungkin Ustaz Kazim akan bergandingan dengan Ustazah Midah berkongsi pentas berceramah politik di-atas pentas ceramah ugama.

Terkini dikatakan UMNO Bahagian Taiping dibawah Ketua Bahagianya Dato Shalimin Chivas12  telah menjemput Ust Kazim untuk konon-nya berceramah ugama di tapak pasar malam Kemunting pada pertengahan bulan ini. 

Bagaimanapun sudah menjadi sifat munafik UMNO Taiping yang pakar menyembunyikan penglibatan dalam hal jemput Ust Kazim, dikatakan telah menukar tanggungjawap pengurusan ceramah Kazim ini kepada Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA). Ini pun sebenarnya UMNO BN juga cuma nama-nya saja di munafik-kan...hahaha...
Bukti..!!! Salahsatu banner ceramah politik Kazim Al-Hafrak dikawasan Ustazah  Midah 
Khabarnya semua ketua UMNO Cawangan di Taiping dah dikerahkan  kumpul nama ahli untuk dipunggah upah ke ceramah Kazim Al-Hafrak di Kemunting nanti.

Ahad, 11 November 2012

YB Hamidah Osman naik angin sebanyak 5 kali di Bukit Gantang

Berikutan sebuah program di jeti Kelip-Kelip Kampung Dew di DUN kuala Sepetang didalam Parlimen Bukit Gantang pada petang 11 Nov 2012.

Jam 4 petang.....Dalam keadaan hujan lebat ketika itu menjadi panas buat YB Hamidah Osman (exco pelancongan Perak).

Apa tidaknya...??

Hamidah naik angin 5 kali kata penduduk kampung....hehehe....

Naik angin 1: Hamidah terpaksa datang sendirian setelah MB Zambry tidak hadir tanpa sebab.

Naik angin 2: Udah le Hamidah datang sorang...sekor wakil dari UMNO Bukit Gantang pun tak sambutnya diprogram tersebut....hahaha....

Naik angin 3: Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang YB Datuk Rosli (ADUN Terong) pun tak datang dengan alasan tiada dijemput,wahal dalam Bahagian-nya sendiri.

Naik angin 4: Tapi aku dimaklumkan ada jemputan,sebab ada bukti surat jemputan kata seorang penduduk disini, jadi sebab YB Rosli tak mahu datang mungkin tak berapa sebulu dengan YB Hamidah...hahaha....

Naik angin 5: Paling kritikal apabila pengerusi persatuan Kelip-kelip (Kecap) yang juga Tok Ketua Kampung  Air Putih En. Mat Nor Saleh pun tak datang.

Hahaha.... Hamidah dikatakan amat berang diprogram tersebut yang dikatakan persiapan program amat gah dengan 9 agensi terlibat buat pameran dilokasi.

Hamidah hanya berucap pendek saja dan sempat menanam sepokok pokok berembang di tepi jeti tersebut...

Rata-rata penduduk di kampung Dew kecewa dengan program ini yang dikatakan hanya membuang masa mereka kerana tiada apa-apa kebaikan dengan kehadiran YB Hamidah....udah angin satu badan, tak ada apa2 janji le....hahaha....

Naik angin bonus: YB Hamidah sempat membelek kerusi-kerusi yang di sumbangkan Ahli Parlimen Bukit Gantang DS Nizar yang berada di atas jeti kampung Dew...dengan kelu seribu bahasa.....hahaha.....