Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Yb rosli terong. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Yb rosli terong. Papar semua catatan

Jumaat, 22 Mac 2013

Kapten Lompat akan bertanding jika boleh menang atau kacau daun di Changkat Jering

YB Katak yang menyebabkan orang Changkat Jering kecewa

PETALING JAYA:  Adun Bebas kawasan Changkat Jering, Kapten Katak (B) Mohd Osman Jailu berkata, beliau akan bertanding dalam PRU 13 mempertahankan kerusi itu jika mempunyai peluang untuk menang.
Berikutan itu, bekas Adun PKR  itu memberitahu beliau belum membuat keputusan sama ada bertanding sekali lagi atau tidak.
Bagaimanapun, Osman katak yang menang kerusi Changkat Jering atas tiket PKR pada pilihan raya umum 2008, mendakwa beliau mendapat sokongan dari pengundi supaya mempertahankan kerusi tersebut.
“Saya menghargai sokongan mereka tetapi untuk bertanding bukan mudah, perlu mengambilkira banyak faktor seperti jentera pilihan raya.
“Apatah lagi sebagai calon Bebas, ia tidak sama dengan mewakili parti tetapi saya berhenti dari PKR sebagai hero, bukan orang kalah,” beliau menambah.
Osman katak meninggalkan PKR pada awal 2009 bersama Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi Adun Jelapang, Hee Yit Foong meninggalkan DAP membolehkan Barisan Nasional mengambialih kerajaan Perak dari Pakatan Rakyat.
Barisan Nasional belum mengumumkan calon untuk Changkat Jering tetapi PAS telah menamakan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohamed Nizar Jamaluddin sebagai calon kerusi tersebut.
Ketua Umno Bukit Gantang, Datuk Rosli Husin memberitahu, beliau juga tidak tahu siapa calon BN bagi kerusi tersebut.
“Saya hendak tengok siapa calon BN (Umno) dulu, jika beliau boleh menang saya tidak bertanding dan memberi sokongan kepada calon tersebut.
“Tetapi jika 50-50, saya akan bertanding, ” kata Osman Katak. ( Sikap nak kacau daun )
Katanya, buat masa ini beliau tidak mahu menyertai mana-mana parti politik kerana menurutnya menjadi wakil rakyat Bebas ada juga keseronokannya.
“Kalau bantuan kerajaan, saya boleh menyalurkan terus rakyat tidak perlu melalui ahli dan penyokong parti,” tambahnya lagi.
Adakah Osman katak akan menyertai Umno?
“Saya telah keluar dari Pakatan Rakyat dan kini saya lebih cenderung kepada Umno, dia (Umno) banyak membantu saya di sini (Changkat Jering).
“Saya akan buat keputusan selepas pilihan raya kerana saya tidak boleh Bebas selama-lamanya,” katanya.- FMT
................................
Kelihatan YB Katak bersama MB Haram disebuah majlis di Perak...YB Rosli muka ada assam...hahaha...
Lompat Si-katak lompat
Lompat tinggi-tinggi
Banyak juta Si-Katak dapat  
PRU 13 nak kaut lagi

Lompat Si-katak lompat
Lompat tinggi-tinggi
YB Rosli rasa merempat
YB Katak bodek Si Zambry



Sabtu, 10 November 2012

Banner kemetot dihalang MB Zambry kecewakan kelip-kelip kg. Dew

Sudah saiz banner tu kecik kemetot....hahaha....

Bilanganya pun tak banyak,khabarnya hanya 10 je bennar diprint untuk sebuah program yang akan dihadiri Zambry Kadir Menteri Besar Perak yang tidak halal....ikutkan tarikhnya 11 Nov (hari ini le...).

Dalam bennar tu konon-nya Zambry dan exco Pelancong Perak Si Hamidah akan datang ke Kampung Dew untuk sebuah program dijeti kelip-kelip kampung tersebut,kampung Dew  sebelum ini kecoh dengan projek kolam udang haram milik koperasi UMNO Bukit Gantang dan isu puak pemimpin UMNO ambil tanah yang dijanjikan untuk penduduk disitu.

Maklumat terbaru yang diterima memberi tahu, Zambry tak datang dalam program ini...apa sebabnya aku tak tahu. Mungkin Zambry kecewa dengan ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang YB Rosli Terong, yang buat kerja halai balai kata orang tempatan...udah le MB nak datang, tempah banner pun kecik kemetot dalam jumlah yang amat sikit...Muka  Zambry tersenggeh pun tak ditaruh kat banner tu, kesian Zambry........hahaha...

Paling malang sekali.....banner udah le kecik...dihalang pula dengan poster2 kenduri kawin.....apa tak nampak...hahaha....(Gambar dibawah)

Maklumat awal yang aku terima hanya dijangka Hamidah sorang je turun kat program di jeti Kampung Dew...khabarnya ada sesuatu akan disampaikan Hamidah...

***Cerita selanjutnya akan menyusul........

(info tambahan: 5 Kerusi batu yang disumbang DS Nizar untuk jeti kelip-kelip masih kekal menanti Hamidah.....tidak akan diubah kemana-mana kata penduduk disini...hahaha....)