Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Kelip-Kelip. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kelip-Kelip. Papar semua catatan

Sabtu, 23 Mac 2013

Yb Dato Rosli Takut Debat Isu Semasa Dengan Penduduk Kampung Dew

23 Mac -- Bukit Gantang, Jeti Kelip-Kelip Kampung Dew berlangsung sebuah program yang diaturkan oleh UMNO Bahagian Bukit Gantang. 

Program ini dikatakan akan dihadirin oleh YB Dato Rosli Husin Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang yang juga ADUN Terong,mengikut jadual acaranya pada jam 3:30 petang disini.


Rosli Husin
Menurut kata seorang wakil penduduk disini program Debat Isu Semasa bersama YB Rosli ini adalah bagi mengemukakan cadangan serta merungkai beberapa masaalah bagi penduduk setempat disini. 

Para penduduk yang hadir dikatakan sudah bersedia dengan beberapa soalan cepu emas buat YB Rosli.

Malang sekali apabila YB Rosli disahkan gagal hadir ke program ini tanpa diberitahu sebab,malah Tok Penghulu Mat Nor pun tidak hadir.

UMNO Bukit Gantang hanya menghantar 2 orang wakil yang dikatakan gagal 100% dalam program ini. 

" Kalau macam ni mampus kami nak jawap"- antara jawapan dari salah seorang wakil YB Rosli yang mengeluh kerana gagal menjawap dan menyelesaikan perkara berbangkit yang di timbulkan penduduk kampung Dew.

Slogan Zambry Kadir "Tiada Terpinggir dan Tiada Tertinggal" bagi negeri Perak nampak tidak dilaksanakan oleh wakil rakyat UMNO,slogan ini hanyalah retorik politik UMNO BN semata-mata untuk mengaburi rakyat. 

Sabtu, 10 November 2012

Banner kemetot dihalang MB Zambry kecewakan kelip-kelip kg. Dew

Sudah saiz banner tu kecik kemetot....hahaha....

Bilanganya pun tak banyak,khabarnya hanya 10 je bennar diprint untuk sebuah program yang akan dihadiri Zambry Kadir Menteri Besar Perak yang tidak halal....ikutkan tarikhnya 11 Nov (hari ini le...).

Dalam bennar tu konon-nya Zambry dan exco Pelancong Perak Si Hamidah akan datang ke Kampung Dew untuk sebuah program dijeti kelip-kelip kampung tersebut,kampung Dew  sebelum ini kecoh dengan projek kolam udang haram milik koperasi UMNO Bukit Gantang dan isu puak pemimpin UMNO ambil tanah yang dijanjikan untuk penduduk disitu.

Maklumat terbaru yang diterima memberi tahu, Zambry tak datang dalam program ini...apa sebabnya aku tak tahu. Mungkin Zambry kecewa dengan ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang YB Rosli Terong, yang buat kerja halai balai kata orang tempatan...udah le MB nak datang, tempah banner pun kecik kemetot dalam jumlah yang amat sikit...Muka  Zambry tersenggeh pun tak ditaruh kat banner tu, kesian Zambry........hahaha...

Paling malang sekali.....banner udah le kecik...dihalang pula dengan poster2 kenduri kawin.....apa tak nampak...hahaha....(Gambar dibawah)

Maklumat awal yang aku terima hanya dijangka Hamidah sorang je turun kat program di jeti Kampung Dew...khabarnya ada sesuatu akan disampaikan Hamidah...

***Cerita selanjutnya akan menyusul........

(info tambahan: 5 Kerusi batu yang disumbang DS Nizar untuk jeti kelip-kelip masih kekal menanti Hamidah.....tidak akan diubah kemana-mana kata penduduk disini...hahaha....)