Pengikut

Isnin, 11 Mac 2013

Panas...!!!: Rosli Isa Bakal Calon UMNO BN Parlimen Bukit Gantang Rasa Panas Kerana Sihir..?

Rosli Isa
Sungai Kerang Terong Perak: Haji Rosli bin Isa adalah seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik di Kementerian Pengajian Tinggi. Sebelum ini berkhidmat di Kementerian Kewangan dan Jabatan Perdana Menteri.

Menurut sumber yang hangat mengatakan bahawa Hj Rosli bin Isa sekarang berasa panas apabila pulang ke kampung halamanya di Sungai Kerang. Konon-nya dipercayai oleh Hj Rosli sendiri bahawa beliau mungkin di Sihir oleh pihak tertentu yang tidak senang dengan kehadiran di Parlimen Bukit Gantang.

Isu pencalonan bakal calon bagi Parlimen Bukit Gantang bagi UMNO Bukit Gantang sekarang amat parah ibarat barah tahap kritikal, cantas mencantas dikalangan puak YB Rosli Husin,Ismail Md Pian dan Haji Rosli Isa memang diketahui oleh ramai penduduk disekitar Bukit Gantang.

Memang tidak pernah dilihat ketiga-tiga mereka ini duduk atau berjalan bersama dalam apa-apa aktiviti di Bukit Gantang,masing-masing hanya gah dengan puak mereka sendiri. Ibarat sebuah tongkang buruk yang mempunyai 3 ketua,begitulah UMNO Bahagian Bukit Gantang sekarang.

YB Rosli Adun Terong yang juga Ketua Bahagian UMNO Bukit Gantang sekarang yang berangan-angan nak jadi calon Parlimen Bukit Gantang hanya dengan lagak YB-nya saja, berdentum-dentam bercakap kat rakyat supaya bersatu,tapi dalaman UMNO sendiri bergelora dan berpecah.

Ismail Md Pian pula pun dok angan-angan mau jadi calon Bukit Gantang,kehulu kehilir kumpulkan sokongan dan ditambah sorang lagi anak jati Kampung Sungai Kerang pun bercita-cita besar mau jadi YB bagi Parlimen Bukit Gantang. Rosli Isa dikatakan bakal jadi calon di Bukit Gantang kerana beliau ini orang kuat Najib di Putrajaya.

Malangnya sekarang hangat diperkatakan yang Rosli Isa sudah di sihirkan oleh pihak tertentu yang tak senang dengan peluangnya untuk jadi calon kat Bukit Gantang.

Fuh..!!! Dahsyat betul mainan politik 3 puak ini...bukan menuduh, tapi amalan khurafat seperti mempercayai bomoh,tradisi ancak-ancak dan sebagainya ini hanya berlaku dalam 3 puak ini saja,terutamanya di Perak yang mana MB Haram sendiri pun berminat acara khurafat.

1 ulasan:

  1. Saya tidak kenal Si Rosli ni tapi pernah bertemu kerana menemani seorang ustaz yg seperguruan dgnnya pada 2004 di rumahnya, di Putrajaya.

    Dari perbualan mereka, saya dapat tahu memang Si Rosli ini telah menderita sakit misteri sebelum tahun tersebut lagi.

    Jadi, saya tidak terkejut bila membaca artikel tuan.

    BalasPadam