Dari blog Cikgu Najmi@TaipingMali: Konon-nya Tok Pa saja datang,TGNA tiada. |
Najmi AAPC Kantoi
Suasana hening pagi ini ketika menyambut jenazah pahlawan negara di Lapangan Terbang Kota Bharu. Jenazah Ahmad Hurairah 24 tahun diberi penghormatan negara setelah tewas di medan peperangan menentang musuh negara.Kepulangan jenazah dua wira negara Ahmad Hurairah Ismail dan Ahmad Farhan Roslan yang terkoban ketika misi menghapuskan penceroboh bersenjata di Lahad Datu disambut ribuan rakyat Kelantan hari ini.
Turut menanti kepulangan wira negara yang juga anak Kelantan itu adalah Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa sejak awal pagi.
TGNA membaca doa,turut kelihatan Tok Pa' menandah tangan bersama berdoa. |
Beberapa pemimpin pusat juga turut kelihatan hadir termasuk Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mustapa Mohamed serta Timbalan Menteri Kewangan, Awang Adek Hussin.
Jenazah kedua-dua anggota tentera itu tiba di sini kira-kira jam 9.45 pagi dengan menaiki Pesawat Charlie C130 yang bertolak dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pagi tadi.
Suasana suram mengiringi kepulangan jenazah wira yang menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia khususnya rakyat Kelantan.
Keluarga kedua-dua anggota juga turut hadir.
Prebet Ahmad Hurairah terkorban dalam pertempuran dengan pengganas Sulu di Kampung Sungai Nyamuk, Lahad Datu, awal pagi semalam manakala Prebet Ahmad Farhan meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Cenderawasih dekat Lahad Datu ketika menghantar makanan untuk anggota keselamatan Op Daulat.
Jenazah Allahyarham Ahmad Hurairah akan disemadikan di kampung halamannya di Bayu Lalang, Pasir Mas, sementara Ahmad Farhan di Taman Desa Darul Naim 2, Pasir Tumboh.
Sementara itu, Exco Kanan kerajaan negeri, Husam Musa kini berada di kediaman keluarga Allahyarham Ahmad Farhan di Pasir Tumboh menanti untuk proses pengkebumian.- Manjadda wajada
TERKINI : Suasana menunggu ketibaan jenazah Allahyarham Ahmad Hurairah Ismail di Pasir Mas,Kelantan. ~Megah bendera BULAN berkibar.- FB |
......................................
Orangni:Amat menarik sekiranya pada malam ini Cikgu Najmi dan Ust Kazim dapat berkongsi pentas ceramah di Kemunting Taiping,kemungkinan Cikgu Najmi@TaipingMali boleh bercerita panjang lebar dalam ceramahnya nanti, setakat bikin kuanseling kelentong kat murid-murid sekolah kebangsaan Palma tukang kebun sekolah pun boleh....hahaha....
Ya Allah Thuan Yg Maha Gagah dan Maha Berkuasa... lindungilah hamba2 Mu yg telah lama teraniaya dgn fitnah yg tidak henti-henti ini, perbuatan yg amat Terkutuk disisiMU Ya Allah... berikanlah kekuatan kepada kumpulan kami Yg berazam dan berjuang utk menegakkan kalimah Suci Mu sebagai teras kehidupan Kami Ya Allah... Hamba2Mu Yg amat kerdil ini memohan kehadratMu Ya Allah semoga Kau berikanlah pengajaran yg setimpal kepada pemfitnah2 yg zalim ini, semoga mereka kembali mengingati Mu Ya Allah... disaat2 kepiluan menyelubungi kami, mereka masih melakukan perkara keji itu demi hawa nafsu yg tidak terkawal itu... Ya Allah tunjukkanlah mereka jalan kebenaran... Amin Ya Rabbal Alamin.
BalasPadam