Pengikut

Isnin, 4 November 2013

KEPUTUSAN RASMI PRK N20 SUNGAI LIMAU : PAS Kekal Kemenangan

YAN: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau kekal milik PAS apabila calonnya, Mohd Azam Abdul Samat diisytiharkan menang dengan majoriti 1,084 undi.
Kemenangan PAS itu sekaligus melenyapkan impian Barisan Nasional (BN) untuk merampas kerusi berkenaan menerusi calonnya, Dr Ahmad Sohaimi Lazim apabila memperoleh 10,985 undi.
Mohd Azam memperoleh 12,069 undi.
Keputusan itu diumumkan secara rasmi oleh Pengawai Pengurus Pilihan Raya DUN Sungai Limau, Abd Rashid Othman kira-kira pukul 8.50 malam Isnin.
Bagaimanapun menerusi pilihan raya kecil ini, Ahmad Sohaimi memberi tentangan hebat kepada PAS apabila beliau berjaya mengurangkan majoriti undi yang diperolehi PAS menerusi Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) Mei lalu.
Kejayaan Mohd Azam juga bermakna status quo DUN Kedah kekal dengan BN menguasai 21 daripada 36 kerusi.
Mohd Azam juga berjaya mengekalkan penguasaan selama lima penggal sejak Azizan menang kali pertama di kerusi itu pada 1995.
Kerusi DUN Sungai Limau yang terletak di bawah Parlimen Jerai diisytihar kosong susulan kematian Azizan yang juga bekas Menteri Besar Kedah, akibat komplikasi jantung serta jangkitan kencing manis pada 29 September lalu.
Azizan yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Kedah mengekalkan kerusi itu pada pilihan raya umum ke-13 Mei lepas dengan memperoleh 13,294 undi menewaskan sepupunya daripada BN, Mohd Fazillah Mohd Ali dengan majoriti 2,774 undi.

2 ulasan:

  1. SISTEM WEB BEROPERASI 24 JAM TANPA HENTI
    - Web akan bekerja untuk anda tanpa henti walaupun anda sedang tidur, bekerja, melancong dan sebagainya. Tugas pendaftaran ahli PERCUMA dan follow up seterusnya dilakukan oleh sistem secara automatik dan juga bantuan dari admin sendiri.

    http://kopimata2u.com/jutawan2014

    menang...

    BalasPadam